Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Saya akan teruskan penulisan mengenai fotografi dalam pendidikan ini dengan memaparkan beberapa istilah penting yang perlu diketahui oleh seseorang guru yang meminati fotografi. Minggu ini saya akan jelaskan istilah aperture dahulu dan seterusnya saya akan jelaskan beberapa lagi istilah penting.
Istilah-Istilah Penting dalam
Fotografi
Aperture
Lubang yang mengawal kemasukan cahaya ke dalam kamera. Aperture adalah
berfungsi sama seperti anak mata manusia iaitu mengawal jumlah kemasukan cahaya
ke dalam mata. Apabila cahaya banyak seperti hari yang terang atau berada di
tengah panas terik matahari, anak mata akan mengecil supaya jumlah cahaya yang
masuk ke dalam mata akan dapat dikawal. Bukaan aperture yang sempit akan
mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera dan sebaliknya. Ukuran diameter
aperture diwakili dengan istilah ‘f’. Nilai-nilai f pada kamera adalah
menggambarkan saiz bukaan aperture. Nilai-nilai tersebut adalah seperti 2.0, 2.8,
4.0, 5.6, 8.0, 11, 16, 22, 32. (Nilai f adalah jarak fokus kanta/diameter
bukaan). Nilai f yang kecil mewakili bukaan yang besar dan semakin besar nilai
f, bukaan menjadi semakin kecil.
Logiknya, apabila cahaya banyak diluar, kita perlu kecilkan bukaan aperture
iaitu dengan menggunakan f yang lebih besar. Sebaliknya jika keadaan objek yang
mahu dirakam berada dalam keadaan cahaya yang kurang, maka bukaan aperture
perlu dibesarkan iaitu dengan menggunakan f yang lebih kecil.
Mungkin kita akan bertanya sebanyak mana cahaya diperlukan? Atau bagaimana
mengetahui cahaya yang masuk ke dalam kamera sudah mencukupi? Dalam kamera manual
atau automatik terdapat sistem yang boleh mengawal kemasukan cahaya secara
automatik atau dikawal oleh jurugambar. Bagi kamera jenis automatik, semuanya
sudah diprogram, jurugambar hanya perlu memetik shutter sahaja. Bagi kamera
yang berfungsi secara semi automatik atau manual, jurugambar boleh menentukan
kemasukan cahaya yang mencukupi melalui meter yang terpasang dalam kamera. Sekiranya
meter tidak menunjukkan cahaya mencukupi, jurugambar perlu memilih nilai f yang
sesuai.
Apa yang akan berlaku jika cahaya berlebihan atau tidak cukup? Sekiranya cahaya
daripada objek yang dirakam berlebihan, maka kita akan memperoleh gambar yang
terlalu cerah atau istilahnya over
exposed dan sebaliknya jika cahaya berkurangan gambar akan menjadi gelap
atau under exposed.