PERANCANGAN PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(Model ASSURE)
Penghasilan sesuatu media pengajaran memerlukan
perancangan yang sistematik supaya media yang dihasilkan nanti benar-benar memberikan
kesan kepada proses pengajaran pembelajaran.
Dalam perbincangan ini, Model ASSURE (Heinich, Molenda & Russel, 1889) akan
disentuh dan dibincangkan supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam
bagaimana merancang penghasilan media untuk proses pengajaran pembelajaran.
Walau bagaimana pun terdapat banyak lagi model-model yang
telah dicipta oleh ahli teknologi pendidikan yang terkenal dan dapat digunakan
sebagai pilihan untuk kita merancang penghasilan media pengajaran dan pembelajaran
seperti model Anderson, Branson et. al, Briggs & Wager, Gagne' &
Briggs, Romizowski, Reiser & Gagne', Model Pendekatan Sistem, Model
perancangan pembelajaran (Instructional Design Plan, Kemp, 1989), Model Perancangan
(A Planning Model) dan lain-lain lagi.
Model yang dibincangkan ini juga dapat digunakan oleh guru-guru
untuk merancang penggunaan media di dalam bilik darjah.
Selepas ini diharapkan kita akan dapat membuat
perancangan penggunaan dan penghasilan media yang lebih sistematik.
Berikut adalah beberapa laman web yang anda boleh ikuti untuk melihat bagaimana menngunakan model ASSURE untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Selamat melayari url yang tertera di atas.
.