Monday, October 7, 2013

CIRI-CIRI GURU IDAMAN




Dipetik dari Majalah NUR, Mei 2004, hal. 66 – 69, Pemikir Sdn. Bhd., Karangkraf.

  1. Jadikan pelajar sebagai fokus, bukan anda sebagai fokus.
  2. Kaji potensi pelajar.
  3. Wujudkan suasana selesa dan selamat.
  4. Pancaran semangat guru.
  5. Bersedia untuk mengajar.
  6. Perjelaskan sesuatu jika anda sukar untuk memudahkannya.
  7. Belajar mengakui kelemahan tanpa mengorbankan kredibiliti.
  8. Mengajar dari hati.
  9. Ulang fakta penting.
  10. Guru yang baik bertanya soalan yang baik.
  11. Bukan pemberi maklumat semata-mata.
  12. Berhenti bercakap, jadi pendengar.
  13. Belajar mendengar apa yang sepatutnya.
  14. Biarkan pelajar mengajar sesama sendiri.
  15. Elak guna pendekatan yang sama kepada semua pelajar.
  16. Jangan sekalli-kali berhenti mengajar.
  17. Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat.
  18. Mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan berdaya saing.
  19. Mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab.
  20. Menepati masa dan kebolehan mengurus.


SIFAT-SIFAT GURU YANG TERPUJI

  1. Zuhud – mengajar bukan kerana balasan kebendaan atau penghormatan, tetapi mencari keredhaan Allah.
  2. Kebersihan diri – bersih jiwa dan diri dari kekotoran syarak dan adat dan berperibadi tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dll.
  3. Ada kehebatan dan kehormatan diri – mempunyai sifat rendah diri, pandai melayani hati orang lain dalam pergaulan.
  4. Bersifat kebapaan ayau keibuan.
  5. Memahami tabiat murid.
  6. Bersifat cemerlang.
  7. Tegas tetapi dihormati dan adil.
   GURU YANG EFEKTIF MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI

  1. Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagai anak sendiri.
  2. Mengikuti tingkahlakku dan sunnah Nabi Muhammad SAW dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya.
  3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengetahuan tentang perkara tersebut.
  4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka.
  5. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid-muridnya.
  6. Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu diluar kemampuan.
  7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.

SIFAT-SIFAT GURU YANG TIDAK BAIK

  1. Garang, membebel, tidak pernah senium, suka memerli dan mudah hilang sabar.
  2. Tidak membantu kerja-kerja sekolah dan tidak menerangkan pelajaran dan tugasan dengan jelas serta berkerja tanpa perancangan.
  3. Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu.
  4. Sombong, angkuh dan susah menerima pandangan orang lain.
  5. Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa dan bersfat terlaliu tegas.
  6. Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan murid, memalukan murid di hadapan teman sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran.
  7. Tidak adil dalam pemberian markah ujian dan peperiksaan.
  8. Tidak berminat mengenalli latar belakang murid.
  9. Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya.