Sejak dahulu sehingga kini gambar foto atau fotograf telah digunakan
dengan meluas dalam pelbagai bidang seperti bidang penyiaran (contohnya, surat
khabar, majalah, buletin, rencana, brosur dan buku). Selain itu selaras dengan
perkembangan komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) maka wujud
pula satu dunia baharu dalam bidang fotografi yang dikenali sebagai fotografi digital.
Maka evolusi bidang fotografi sudah bertukar daripada dunai analog kepada dunia
digital. Evolusi ini telah memberikan impak yang besar kepada bidang fotografi
seperti perubahan pemprosesan gambar kepada peralatan fotografi. Sangat sukar
untuk kita temui filem, kamera yang menggunakan filem dan kedai yang memproses
filem seperti zaman tahun 70an dan 80an dahulu.
Kini wujud peralatan seperti kamera digital yang lebih memudahkan
manusia untuk melihat secara terus apa yang mereka rakamkan. Di samping itu
mereka mempunyai pilihan sama ada untuk mencetak atau tidak gambar yang
dirakamkan. Kaedah percetakan fotograf juga telah berubah selaras dengan dunia
digital. Foto yang dirakam pula boleh disimpan dalam komputer dan mesin
pencetak komputer dapat digunakan untuk tujuan percetakan. Perisian komputer
yang berkaitan dengan fotografi juga telah dicipta oleh manusia dimana fotograf
yang telah dihasilkan oleh kamera digital dapat diubahsuai mengikut kehendak
dan keperluan pengguna.
Fotografi dalam
Pendidikan
Gambar foto atau fotograf adalah
merupakan suatu sumber pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh guru
dan pelajar. Foto dapat mempengaruhi keberkesanan proses
pengajaran pembelajaran di bilik darjah sekiranya digunakan dengan betul dan
sistematik. Foto adalah
dianggap sebagai media pengajaran apabila digunakan untuk membawa maklumat
(mesej) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Foto adalah
sebagai suatu media atau medium
yang bermaksud 'antara'. Dalam proses
komunikasi, sesuatu maklumat dihantar kepada penerima melalui satu perantaraan
yang dikenali sebagai media. Proses komunikasi berlaku di dalam bilik darjah,
antara guru dan pelajar.
Kenapa Perlu Foto dalam Pendidikan?
Manusia
menggunakan pelbagai deria yang ada untuk tujuan pembelajaran dan ingatan.
Deria yang ada pada manusia ialah pancaindera kita iaitu mata (lihat), telinga
(dengar), lidah (rasa), hidung (bau) dan kulit (sentuhan). Disamping itu
manusia menggunakan mulut untuk berkata-kata (bercakap). Menurut kajian, manusia
dikatakan dapat mengingat apa yang dipelajari:
10% daripada apa yang mereka baca,
20% daripada apa yang mereka dengar,
30% daripada apa yang mereka lihat,
Sekiranya
perbuatan di atas digabungkan, maka peratus ingatan manusia dikatakan akan
bertambah:
50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar,
70% daripada apa yan mereka tulis dan cakap,
90% daripada apa yang mereka cakap dan lakukan.
Gabungan pelbagai
deria atau pancaindera membolehkan manusia menambah kekuatan daya ingatan
mereka dan mengekalkan ingatan tersebut dalam jangka waktu tertentu sama ada
ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Apa hubungannya dengan foto?
Foto adalah suatu media yang membolehkan manusia menggunakan deria mata untuk
melihat dan sumbangan foto bagi menambah ingatan manusia ialah pada tahap 30%.
Oleh itu, foto adalah begitu penting dalam proses pembelajaran manusia untuk
mengingat sesuatu perkara atau ilmu.
Pepatah China
lama ada menyatakan:
"What I hear,
I forget;
What I see, I remember;
What I do, I understand."
What I see, I remember;
What I do, I understand."
Pepatah ini
menunjukkan bahawa foto memainkan peranan penting kepada manusia dalam proses
mengingat sesuatu perkara atau fakta.
Peranan Foto dalam Pendidikan
Penggunaan foto
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh guru dapat menarik
perhatian pelajar kepada isi kandungan subjek yang diajar dan mengembangkan
minat mereka kepada subjek tersebut. Peranan foto di sini adalah untuk
menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang dapat sekali gus dapat meningkatkan
penerimaan idea dalam isi kandungan yang disampaikan. Peranan foto di sini adalah dapat menggabungkan pengalaman konkrit pelajar bagi memudahkan mereka memahami konsep yang abstrak.