Wednesday, November 18, 2009

Inovasi

Salam sejahtera,

Sekian lama tidak sempat mencoretkan sesuatu dalam laman ini rasanya begitu kecewa sekali. Setelah menghadiri satu seminar di Ipoh anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, saya mendapat pengalaman yang begitu bermakna sekali untuk dikongsikan bersama.

Pertandingan inovasi yang telah dijalankan sempena seminar tersebut memberikan satu gambaran yang begitu jelas sekali tentang pentingnya guru-guru bersifat atau mempunyai ciri-ciri yang inovatif. Berbagai masalah dapat diselesaikan hasil daripada ciptaan kreatif para guru (pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM). Berbagai rekaan kreatif telah diketengahkan dan boleh dikongsi bersama-sama dengan golongan pendidik lain seluruh negara.

Setiap sekolah, daerah atau negeri perlu menganjurkan pertandingan yang sedemikian setiap tahun bagi mencungkil bakat kreatif guru-guru sekolah dalam penghasilan idea baru yang kreatif dan inovatif. Sama ada PKG atau BTPN perlu menyahut seruan ini dan memperuntukkan sedikit kos dan mengadakan perancangan yang rapi dan teliti untuk tujuan tersebut.

Hasil inovasi daripada IPGM yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut amatlah menarik dan boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan. Sesetengahkan berkaitan dengan pedagogi serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya dan yakin sekiranya guru-guru diberikan peluang, pasti mereka juga dapat mengemukakan hasil inovasi yang baik.

3 comments:

Cikgu Zam said...

Ya Dr., saya sokong...... program sebegitu wajar dijadikan agenda yang penting dan utama dalam dunia pendididkan

Cikgu Zam said...

andai kata fakulti pengajian pendidikan nak anjurkan program ke arah itu atau yang melibatkan dunia pendidikan, Dr. bagitau saya ye, sebab saya mahu jadi antara komuniti dalam penganjuran itu. Thanks Dr.,

Anonymous said...

Terima kasih dan saya akan memberikan perhatian.