Friday, October 10, 2008

Refleksi 9 - PPSMI

Pencerapan dilakukan terhadap seorang guru wanita yang mengajar Sains Am Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Dungun, Terengganu. Guru memulakan pengajaran dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Beliau kelihatan begitu yakin dan berkebolehan menggunakan bahasa Inggeris. Guru menjelaskan tajuk berkaitan dengan otak manusia iaitu mengenai fungsi otak satu persatu. Sebelum memulakan pengajaran, guru tidak menjelaskan objektif pengajaran beliau. Guru juga tidak menerangkan makna perkataan yang sukar dalam bahasa Melayu. Setelah sekian lama, baharulah beliau sedar bahawa muridnya tidak faham dan mula menjelaskan beberapa perkataan yang sukar difahami murid dalam bahasa Melayu. Guru banyak menggunakan buku teks sebagai rujukan di samping selaid persembahan powerpoint yang disediakan. Beliau tidak menghubungkaitkan pelajaran dengan kehidupan atau kejadian sekeliling. Ini menyebabkan murid belajar secara menghafal fakta tanpa dapat menghubungkait fakta tersebut dengan kejadian ke atas diri mereka sendiri, walau pun setiap hari mereka menggunakan otak....ini menjadikan seolah-olah tajuk ini tidak langsung berkaitan dengan otak yang ada di setiap orang murid (termasuklah guru dan saya) dan otak yang sedang digunakan untuk belajar tajuk ini. Guru sangat jarang bertanya sama ada murid faham atau tidak. Beliau terus mengajar seolah-olah tanpa mempedulikan sama ada murid faham atau tidak. Penilaian secara formatif tidak atau sangat jarang dilakukan. Murid hanya mendengar secara pasif sahaja. Di akhir sesi pengajaran, guru mengedarkan latihan untuk dijawab oleh murid. Guru ini adalah seorang yang serius sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun saya mendapati beliau adalah seorang yang baik dan very nice while talking sehingga semua murid merasa selesa. Oleh kerana saya duduk di belakang makmal dimana sesi pengajaran dilakukan, maka saya berada berdekatan dengan almari yang menyimpan pelbagai bahan bantu mengajar. Terdapat sebuah model otak manusia di dalam almari tersebut. Guru tidak pula menggunakan model otak manusia itu sebagai bahan bantu mengajar dalam kelas ini.
Berbagai model keratan rentas yang terdapat di dalam makmal sains. guru harus menggunakan alat bantu mengajar ini untuk kepentingan murid-murid bagi menambahkan lagi pemahaman meraka terhadap isi kandungan pelajaran.
Model keratan rentas kulit manusia yang jelas menunjukkan lapisan pada kulit.
Model keratan rentas telinga manusia yang dapat membantu murid memahami bagaimana fungsi telinga untuk mendengar.
Model sebenar rangka haiwan mamalia berkaki empat.
Rak carta yang tersusun rapi di belakang makmal. Mengandungi berbagai jenis carta yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sains (Fizik, Kimia dan Biologi) Guru tidak perlu lagi menyediakan sendiri carta, cuma mereka perlu memilih dan menilai carta manakah yang sesuai untuk digunakan. Selain itu, carta-carta bagi mata pelajaran lain juga terdapat dalam Pusat Sumber Sekolah.
Kaedah pengajaran guru ini adalah berbentuk: Perkenalkan tajuk -----> Terangkan Isi Pelajaran -------> Berikan Latihan Sesi pengajaran ini lebih kepada One way teaching dan sepenuhnya Teacher’s Centered.

No comments: