Laman blog ini memaparkan idea dan amalan dalam bidang perguruan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang menjadi guru, pendidik guru dan bidang pentadbiran yang berkaitan dengan perguruan di Malaysia. Semoga pengalaman dan idea ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan guru yang lain.
Tuesday, December 30, 2008
Halangan Pembelajaran Kepada Pelajar Dewasa
Wednesday, December 24, 2008
Pembelajaran Sepanjang Hayat - Tujuan Melanjutkan Pelajaran
Friday, December 12, 2008
Peranan Pelajar
Wednesday, December 3, 2008
Kaedah Perbincangan
Tuesday, December 2, 2008
Teacher’s Centered vs Student Centered
- Guru adalah merupakan sebagai pusat graviti dalam bilik darjah, bukan pelajar, individu atau kumpulan.
- “Saya datang ke kelas untuk mendengar idea dan pemikiran pensyarah”. Pensyarah dianggap sebagai tempat terkumpulnya ilmu pengetahuan. Pelajar tidak mepunyai apa-apa maklumat atau buah fikiran, malahan pelajar tak perlu disoal ketika dalam kelas.
- “Sekolah dan maktab perlu memberikan syarahan/kuliah kepada pelajar kerana mereka akan mengikutinya (amalan) ketika di pusat pengajian tinggi kelak”. Kaedah ini akan membiasakan diri mereka apabila belajar di universiti nanti.
- “Terdapat sesuatu yang tidak dapat dipersembahkan dalam bentuk lain selain dari kaedah syarahan/kuliah”. Sesetengah subjek atau tajuk hanya boleh dipersembahkan melalui kaedah syarahan sahaja.
Pandangan Pelajar - Kontra Bagi sesetengah pelajar yang tidak sukakan kaedah ini mereka memberikan komen seperti berikut;
- Kaedah syarahan bermakna pelajar datang ke kelas membawa gelas kosong untuk diisikan dengan cecair dari gelas pensyarah/guru. Cecair berpindah dari gelas guru ke dalam gelas pelajar dan proses inikan yang dipanggil sebagai pendidkan?
- Di pusat pengajian tinggi, ilmu pengetahuan berpindah dari buku nota pensyarah kepada buku nota pelajar tanpa melalui kepada setiap pelajar. Pelajar menyalin setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh pensyarah semasa di dewan kuliah dan menghafalkanya untuk dikeluarkan di dalam dewan peperiksaan.
Kritikan terhadap kaedah syarahan/kuliah bukan terhad dalam kalangan pelajar sahaja, malahan ada pensyarah Bahasa Inggeris yang telah menjalankan kajian mendapati ‘semakin banyak guru bercakap – semakin kurang pelajar belajar’. Hakikatnya;
Most of the great teachers of history did not use the lecture method. Instead, they stimulated their listeners to think. They asked questions and told parables. (Penrose, 1981)
Monday, December 1, 2008
Kaedah Mnemonik Dalam Pengajaran
Friday, November 28, 2008
Sifat-Sifat Yang Inovatif
Sebagai seorang guru, kita perlu memiliki sifat-sifat yang inovatif supaya kita dapat mengikuti arus perkembangan terkini dalam bidang pendidikan. Mata pelajaran Inovasi Dalam Pendidikan ditawarkan oleh semua universiti yang mengendalikan progam pasca ijazah di peringkat master dan Ph.D. oleh itu semua para lulusan sarjana dan Ph.D daripada mana-mana universiti dalam bidang pendidikan diharapkan dapat mewarisi ilmu dalam bidang ini dan memiliki sifat-sifat inovatif. Walau bagaimanapun, guru-guru yang tidak memiliki ijazah sarjana dan PhD juga dikehendaki mempunyai sifat-sifat ini supaya semua perkara baharu yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan mudah dilaksanakan tanpa banyak halangan. Saya berpendapat semua bakal guru perlu didedahkan kepada kursus ini supaya apabila mereka bertugas di sekolah kelak, mereka sudah memilki sifat-sifat yang inovatif dan ini memudahkan pihak pengurusan dan pembuat keputusan melaksanakan inovasi dalam bidang pendidikan. Sifat-sifat ini adalah suatu sifat yang generik kepada profesionalisme guru. Sifat-sifat inovatif yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Sentiasa mencari lebih banyak maklumat tentang inovasi
- Sering mengadakan hubungan dengan agen perubahan
- Lebih membuka diri kepada idea-idea baru
- Penglibatan sosialnya lebih tinggi
- Meminati pendidikan dan ilmu pengetahuan
- Komunikasi yang trampil atau cekap
- Mengurangkan birokrasi ke tahap minimum
- Memberi ganjaran kepada inovator dengan pengiktirafan yang bermakna
- Bersedia mengambil risiko