Saya sertakan satu contoh kajian tindakan yangtelah dilakukan oleh seorang rakan guru kita.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERFOKUS
Disediakan
Oleh:
Pn.
Hjh. Elina Binti Hj. Mohd Abd. Kahar
Dr.
Abdul Jawi Bin Abnoh Sawi
SMK.
DATUK PANGLIMA ABDULLAH,
91308
SEMPORNA, SABAH.
Abstrak
Kajian
ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran
menulis karangan yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Kertas 1 SPM. Sampel kajian melibatkan seramai 98 orang pelajar dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penulisan
karangan. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid
lemah terhadap penulisan karangan.
Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati pelajar menghadapi masalah
pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal dalam kelas.
Oleh itu, pendekatan berfokus diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara
untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar terutama dalam
penulisan karangan. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan
pendekatan berfokus yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran
pelajar dalam menulis karangan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya.
Pelajar tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan
pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis karangan dan mempunyai
keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi
mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.
1.
PENDAHULUAN
Era globalisasi telah banyak membawa perubahan
terhadap ekologi pembelajaran pelajar (Arifin, 2003). Dalam hal ini, mutu
pendidikan berkualiti amat dituntut dalam menghadapi cabaran alaf baru, cabaran
dunia siber dan semuanya boleh dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia
yang tidak menentu perkembangannya kesan ledakan maklumat merentasi sempadan
negara. Lantaran itu, iklim pembelajaran pelajar yang berkesan dan harmoni
perlu difikirkan bagi mencapai kecemerlangan pendidikan. Namun demikian,
perkara membimbangkan ialah berlaku kemerosotan kualiti pembelajaran pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar ketika mengikuti pendidikan
formal dalam kelas berdasarkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan
sehingga menjejaskan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
Fenomena ini perlu ditinjau secara teliti dan mendalam bagi mencari formulasi
berkesan dalam menangani isu pembelajaran pelajar dalam kelas khususnya dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu SPM.
2.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Mata
pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM mempunyai
dua bahagian, iaitu Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) dan Bahasa Melayu Kertas 2
(1103/2). Format pentaksiran bagi mata pelajaran ini telah mengalami perubahan
format bermula tahun 2004. Satu instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Kertas 1 ialah karangan. Karangan merupakan satu komponen penting
dengan peruntukan markah yang ditetapkan sebanyak 130 peratus. Aspek yang
diberikan penekanan dalam penulisan karangan ialah kemahiran membuat
pendahuluan, pernyataan isi, dan penutup. Menulis karangan memerlukan pelajar
menguasai kemahiran berkenaan secara berkesan. Oleh itu, penulisan karangan
memerlukan kemahiran aras tinggi.
Kemahiran
membuat pendahuluan, pernyataan isi, dan membuat penutup dalam penulisan
karangan umum perlu dikuasai oleh pelajar SPM bagi membolehkan pelajar
memperoleh markah yang tinggi. Oleh hal demikian, penguasaan terhadap kemahiran
menulis karangan memerlukan pendekatan berfokus yang komprehensif untuk memberi
kefahaman yang mudah dan jelas kepada pelajar.
Sehubungan
itu, projek penyediaan dan pemilihan bahan-bahan bantu mengajar (BBM) dengan
pendekatan berfokus ATMA+ dan KIA+ disediakan yang bertujuan untuk membantu pelajar SPM sekolah
SMKDPA dalam menangani masalah yang dihadapi pelajar dalam aspek penulisan
karangan umum. Antaranya dari segi masalah dalam penguasaan format penulisan
karangan, teknik dalam perenggan penulisan, masalah mengembangkan idea, dan
ketidakmampuan memiliki sumber rujukan yang baik dan sesuai.
3.
ISU DAN FOKUS KAJIAN
Berdasarkan
ujian pra Bahasa Melayu bulan Mac. Kelas Tingkatan 5 (Kelas Ixora, Dahlia, dan Teratai)
didapati 18.4 peratus pelajar gagal dalam kelas berkenaan dalam penulisan
karangan. Oleh itu, pelajar gagal dalam penulisan karangan berpunca daripada
pelbagai faktor yang perlu ditinjau secara teliti dan mendalam. Pembedahan
terhadap isu kegagalan pelajar dalam pembelajarannya, khususnya dalam penulisan
karangan perlu dilakukan dengan segera. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan
berpanjangan kerana pelajar ini akan menghadapi SPM 2012 pada bulan November. Seandainya
mereka tidak menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik kebarangkalian
mereka tidak akan mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu peringkat SPM kerana soalan bahagian ini merangkumi 130 markah daripada
240 markah keseluruhan Bahasa Melayu Kertas 1. Oleh itu, kajian tindakan perlu
dilakukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan dengan kaedah
terancang dan sistematik. Selain itu, perlu ada satu pendekatan dan strategi
yang sesuai dan pelbagai untuk pengajaran dan pembelajaran menulis karangan.
Lantaran itu, bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan, ‘Pendekatan
Berfokus’ dilaksanakan yang diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di kelas.
Berdasarkan
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Tingkatan Lima Bahasa Melayu, dalam Bidang
Interpersonal berfokus pada keupayaan pelajar berkomunikasi berasaskan bahasa
dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat secara
bertatasusila untuk mengekalkan hubungan melalui perkongsian idea semasa
melakukan interaksi sosial. Manakala Bidang Maklumat berfokus pada keupayaan
murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu.
Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca, dan
mengakses maklumat daripada multimedia menerusi e-pembelajaran. Hasil
pembelajaran yang boleh dicapai oleh murid dalam Bidang Maklumat adalah untuk
mendapat, memproses, dan menyampaikan maklumat dengan berkesan. Oleh hal
demikian, menulis karangan merangkumi bidang interpersonal dan bidang maklumat
yang perlu dikuasai oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
formal di kelas. Antara contoh hasil pembelajaran yang perlu dicapai adalah
seperti berikut:-
1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan
tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan
ungkapan yang sesuai.
7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan
tersirat daripada sesuatu bahan.
8.8 Membuat karangan dengan alasan yang
munasabah.
Oleh
hal demikian, sebagai guru perlu mengembangkan potensi pelajar selaras dengan
Matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat membentuk insan pelajar
yang seimbang. Selain itu, guru juga perlu menyemai minat dan sikap positif
terhadap pembelajaran pelajar dengan memperkenalkan pendekatan pembelajaran
secara komprehensif dan strategi belajar Bahasa Melayu di samping berusaha
meningkatkan kemahiran penulisan karangan bagi mencapai kecemerlangan pelajar
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM.
4.
OBJEKTIF KAJIAN
a.
Memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan penggunaan teknik yang
sesuai, mudah, dan betul.
b.
Memudahkan
sesi latih tubi atau latihan dalam pemerengganan karangan.
c.
Mudah
dirujuk semula (akses kendiri) oleh pelajar.
d.
Meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis karangan.
e.
Menerapkan
kesedaran dalam diri dan nilai terbaik, iaitu gred A+ dalam pencapaian Bahasa
Melayu Kertas 1, Karangan Umum.
5. KUMPULAN
SASARAN
Kajian
melibatkan pengajaran seorang guru dan 98 orang pelajar Tingkatan 5, iaitu 33
orang pelajar di kelas Ixora, 35 orang pelajar kelas Dahlia, dan 30 orang
pelajar kelas Teratai. Keseluruhan kebolehan pelajar daripada ketiga-tiga kelas
ini adalah pada tahap lemah, sederhana dan baik. Lazimnya, dalam ketiga-tiga kelas berkenaan, terdapat beberapa
orang pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya masih tidak
menguasai kemahiran menulis karangan umum dengan baik. Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk mengatasi
masalah tersebut.
6. METODOLOGI
KAJIAN
Metodologi
kajian yang digunakan ialah:-
a.
Pemerhatian
Sikap pelajar dilihat secara langsung
di dalam kelas sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan
penggunaan stesen pembelajaran.
b.
Ujian Pra
Ujian ini diberikan kepada pelajaran
untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dalam penulisan karangan sebelum
pelaksanaan pendekatan berfokus.
c.
Tindak Balas Dalam Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Tindak balas pelajar dinilai semasa
mereka menjawab soalan yang dikemukkan oleh guru berpandukan contoh latihan
yang disediakan dalam pendekatan berfokus.
d.
Semakan Buku Latihan
Buku latihan akan disemak oleh guru
dari semasa ke semasa sebagai tindakan pengayaan dan pengukuhan penguasaan
kemahiran menulis karangan. Tindakan semakan secara langsung dapat menilai
tahap perkembangan pelajar dalam menguasai kemahiran berkenaan. Semasa semakan
latihan markah diberi mengikut standard pemarkahan SPM yang sebenar seperti
berikut:-
Secara
holistik = 100 markah
Jumlah = 100 markah
e.
Ujian Pos
Ujian pos diberi untuk mengetahui
tahap pencapaian pelajar dalam penulisan karangan pada akhir kajian.
7. TEORI
KAJIAN
Kajian
ini menggunakan ‘Teori Pembelajaran Kognitif’ berpandukan ‘Pendekatan Berfokus’
yang ditekankan dalam penulisan karangan. Penggunaan bahan rangsangan yang
berbentuk soalan berpandu dan contoh jawapan dalam penulisan karangan adalah
berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme dan Teori Gestalt. Berdasarkan Teori
Kognitif Behaviorisme, manusia menyedari bahawa rangsangan akan menyebabkan
gerak balas. Oleh hal demikian, manusia sentiasa melihat rangsangan sebagai
sesuatu yang perlu diberi tindakan menurut perspektif yang sesuai berdasarkan
persepsi, pengalaman, persekitaran atau apa sahaja yang berkaitan. Hal ini
bermakna, tingkah laku manusia adalah berasaskan pengetahuan atau pemikiran
mereka tentang sesuatu situasi (rangsangan) yang menyebabkan sesuatu perubahan
tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, dalam situasi kajian ini rangsangan
berlaku apabila guru mengemukakan soalan menyebabkan pelajar bertindak balas
mencari jawapan berdasarkan bahan dalam modul pendekatan berfokus sehingga
mewujudan gerak balas kognitif (Rajah 1).
Rajah
1 : Teori Pembelajaran Kognitif dan Kaitan Rangsang dengan Gerak Balas
Menurut
Teori Gestalt pula, pembelajaran akan digerakkan oleh rangsangan yang berbentuk
‘kekaburan’ yang memerlukan penyelesaian (Bower dan Hilgard, 1983). Oleh hal demikian,
manusia akan tergerak untuk menyelesaikan ‘kekaburan’ tersebut melalui proses
yang dikenali sebagai ‘celik akal’. Lantaran, dalam proses ‘celik akal’
struktur kognitif manusia yang telah sedia tersimpan dengan pelbagai maklumat
dan pengalaman akan dikaitkan dengan masalah (rangsangan) yang perlu
diselesaikan itu. Situasi ini bermakna bahan rangsangan mempunyai peranan untuk
membantu dalam mengaktifkan proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif itu
sendiri. Berdasarkan konteks kajian ini, pelajar yang masih ‘kabur’ atau lemah
menulis karangan akan mengalami proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif
apabila guru memberi bimbingan dan panduan dalam penulisan karangan yang baik.
Selanjutnya
dalam Teori Pembelajaran Kognitif menekankan tentang cara struktur pemikiran
(kognitif), memperoleh, menyusun, menyimpan, dan menggunakan maklumat sebagai
tindak balas terhadap rangsangan. Tegasnya, teori ini memperincikan bagaimana
minda atau struktur kognitif memproses maklumat. Berdasarkan teori ini,
terdapat empat komponen asas dalam struktur kognitif manusia, iaitu
pancaindera, persepsi, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
8. PELAKSANAAN KAJIAN
8.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan
awal terhadap masalah kajian berkaitan dengan mengenal pasti masalah
pembelajaran pelajar dan seterusnya mengenal pasti punca pelajar gagal dalam
penguasaan kemahiran menulis karangan. Pemerhatian dilihat terhadap tingkah
laku pembelajaran pelajar dalam aspek sikap dan kesediaan pelajar ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas. Sikap pelajar yang kurang
memberi tumpuan terhadap pengajaran guru dan budaya leka dalam pembelajaran
telah dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi kemahiran pelajar dalam
penulisan karangan. Begitu juga terdapat pelajar yang membuat latihan yang
diberikan oleh guru secara sambalewa dan kurang berkualiti. Masalah yang
dihadapi pelajar dalam penulisan karangan dapat diperhatikan melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di kelas.
8.2 Analisis
Tinjauan Masalah
Berdasarkan
latihan yang diberikan dan penyemakan latihan pelajar untuk meninjau masalah
yang menjadi punca pelajar gagal menguasai kemahiran menulis karangan seperti
yang terkandung dalam Jadual 2.
BIL.
|
MASALAH
|
JUMLAH (%)
|
1
|
Tidak faham kehendak
soalan
|
35%
|
2
|
Lemah penghuraian isi
|
68%
|
3
|
Lemah pembinaan ayat
|
57%
|
4
|
Tidak ada keyakinan diri
|
45%
|
8.3 Tindakan
yang Dijalankan
Berdasarkan
analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan pelajar yang dinyatakan di
atas, satu tindakan telah dijalankan. Langkah pertama yang dijalankan ialah
memberi pendedahan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu SPM sebenar, khususnya
kepada penulisan karangan dan sistem pemarkahan.
Pelajar
yang mengalami masalah pembelajaran dan kurang memberi tumpuan terhadap
pengajaran dan lemah dalam penulisan karangan adalah perlu diberi perhatian
dalam kalangan pelajar sasaran. Oleh itu, tindakan dilakukan dengan
memperkenalkan ‘Pendekatan Berfokus’ dalam penulisan karangan. Tindakan yang
dilakukan ialah memberi pendedahan berkaitan kemahiran menulis karangan dan
penekanan terhadap semakan latihan pelajar berpandukan kepada strategi
‘Pendekatan Berfokus’ yang diperkenalkan.
8.4 Hasil
Pemerhatian dan Penilaian
Setiap
kali mata pelajaran Bahasa Melayu, aktiviti latihan penulisan karangan
dijalankan. Aktiviti tersebut memerlukan pelajar menulis karangan berpandukan
bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Guru membuat aktiviti sesuai dengan
topik karangan yang diajar. Sebelum menulis karangan, guru memberikan maklumat
berkaitan dengan kaedah menulis karangan berpandukan tip-tip penulisan yang
ditunjukkan dalam ‘Pendekatan Berfokus’. Soalan karangan diberikan kepada
pelajar untuk dibincangkan yang ada terkandung dalam ‘Pendekatan Berfokus’.
Soalan berkenaan adalah sebagai rangsangan kepada pelajar untuk panduan dan
pengembangan idea pelajar dalam penulisan karangan. Guru juga menerangkan
teknik menulis karangan dengan berpandukan kaedah yang ditunjukkan dalam
‘Pendekatan Berfokus’ iaitu;
Pendekatan Berfokus 1: Arahan Teknik
Markah A+ / Aku Tahu Matlamat Akhir! (ATMA)
a.
Memperkenalkan
tema buku teks Tingkatan 4 dan 5 yang perlu diberi perhatian.
b.
Membuat
analisis mengikut agihan soalan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM (2004 – 2011).
c.
Membuat
analisis berdasarkan Jenis / Format karangan.
d.
Memaparkan
isu semasa sepanjang tahun 2008 – 2010 (Fokus SPM 2010/2011).
e.
Menyediakan
bahan terpilih (1-14): karangan SPM.
Pendekatan Berfokus 2: Kembangkan
Idea A+ / Kita Ikut Arahan! (KI’A+’)
f.
Memperkenalkan
tip-tip penting penulisan
-
Tip
1 : Merancang masa dengan betul
-
Tip
2 : Merancang penulisan
-
Tip
3 : Kekemasan tulisan
-
Tip
4 : Merangka dan membina karangan
g.
Latihan
mengembangkan idea
h.
Penyediaan
bahan berfokus KI’A+.
i.
Memberi
nota penanda wacana (permulaan karangan, memulakan isu baharu, huraian isi
karangan, memberi contoh dalam karangan).
Tentatif
pelaksanaan tindakan bagi pelaksanaan ‘Pendekatan Berfokus’ ditunjukkan dalam
Lampiran 1 dan 2. Sehubungan itu, kesemua maklumat yang dinyatakan di atas
dijalankan secara bersepadu yang diserapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar di kelas.
Aktiviti
yang dijalankan adalah seperti berikut:
Langkah 1 : Guru membuat analisis terhadap isu
(tema buku teks Tingkatan 4 dan 5) yang perlu diberi perhatian berdasarkan tema
pengajaran yang disampaikan. Seterusnya mengaitkan isu yang dipaparkan dengan
topik karangan yang akan dibincangkan. Guru juga membuat analisis berdasarkan
jenis / format karangan yang diberikan kepada pelajar.
Langkah 2 : Guru memberikan soalan karangan
sebagai fokus perbincangan. Guru memberikan panduan menuliskan karangan
mengikut format yang telah ditetapkan dan menunjukkan contoh pelaporan karangan
mengikut topik yang diberikan berpandukan ‘Pendekatan Berfokus’. Pengajaran
dilakukan secara dua hala bagi menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan
pelajar.
Langkah 3 : Guru meminta pelajar mengembangkan
idea berdasarkan latihan mengembangkan idea yang terdapat dalam ‘Pendekatan
Berfokus’. Guru menjelaskan kaedah mengembangkan idea kepada pelajar.
Langkah 4 : Guru memberi tugasan penulisan
karangan lengkap sebagai pemantapan pelajar terhadap penulisan karangan
mengikut format karangan yang disampaikan. Pelajar membuat tugasan yang
diberikan berpandukan ‘ Pendekatan Berfokus’.
Langkah 5 : Guru memberi penegasan terhadap
penulisan karangan yang baik di samping memberikan beberapa penanda wacana
sebagai panduan kepada pelajar.
9. DAPATAN
KAJIAN
Setelah
beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan,
dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran
menulis karangan dalam kalangan pelajar tingkatan 5 secara keseluruhannya.
Pelajar sendiri melakukan penerokaan kendiri berdasarkan panduan yang diberikan
oleh guru berdasarkan pendekatan berfokus. Kelemahan pelajar dalam menulis
karangan dapat dapat di atasi bagi pelajar yang berpotensi cemerlang. Manakala
pelajar yang lemah dapat diminimumkan kesilapan menulis karangan dan masih
berada pada aras lulus. Setiap kali latihan menulis karangan, saya telah
memeriksa latihan tersebut dan memberikan markah mengikut standard SPM sebenar.
Jadual 2: Pencapaian Pelajar Dalam
Ujian Pra, Latihan dan Ujian Pos
MARKAH
|
PENCAPAIAN
|
Ujian
Pra
|
Latihan
1
|
Latihan
2
|
Latihan
3
|
Latihan
4
|
Ujian
Pos
|
Cemerlang
(70 – 100)
|
7
(7.2%)
|
10
(10.2%)
|
15
(15.3%)
|
17
(17.3%)
|
19
(19.4%)
|
22
(22.4%)
|
Kepujian
(50 – 69)
|
61
(62.2%)
|
63
(64.3%)
|
61
(62.2%)
|
58
(59.2%)
|
65
(66.3%)
|
55
(56.1%)
|
Lulus
(40 – 49)
|
12
(12.2%)
|
23
(23.4%)
|
20
(20.4%)
|
23
(23.5%)
|
14
(14.3%
|
12
(12.3%)
|
Gagal
(1 – 39)
|
18
(18.4%)
|
2
(2.1%)
|
2
(2.1%)
|
0
(0%)
|
0
(0%)
|
9
(9.2%)
|
Sumber:
Unit Peperiksaan Sekolah, 2011; Laporan Kemajuan Pelajar, 2011.
Berdasarkan
Jadual 2, pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah kurang menggalakkan, iaitu
didapati hanya 7 orang pelajar mencapai tahap cemerlang, 61 orang pelajar
mencapai tahap kepujian, 12 orang pelajar lulus dan 18 orang pelajar berada
pada tahap gagal. Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam latihan (1-4)
yang diberikan menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian. Seterusnya dapatan
kajian melalui ujian pra menunjukkan pencapaian yang menggalakkan. Jika dibuat
analisis perbandingan dengan merujuk kepada analisis ujian pra dengan ujian pos
didapati wujud peningkatan peratusan dalam tahap pencapaian cemerlang dan
sebaliknya, wujud penurunan sedikit dalam tahap pencapaian kepujian. Manakala
tahap pencapaian pelajar dalam peratus lulus masih konsisten sebaliknya berlaku
penurunan peratus pelajar yang berada pada tahap gagal. Hal ini bermakna,
pelaksanaan ‘Pendekatan Berfokus’ yang diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas memberikan kesan baik terhadap pencapaian pelajar dalam
kemahiran penulisan karangan.
10. REFLEKSI
KAJIAN
10.1 Penilaian
Pencapaian Pelajar
Langkah-langkah
pengajaran yang dirancang telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Semasa
aktiviti pembelajaran berjalan, didapati keyakinan pelajar untuk menjawab
soalan karangan semakin meningkat. Pelajar telah membuat penerokaan kendiri
melalui pelbagai sumber. Setiap kali latihan karangan diberikan pelajar dapat
memberikan isi berdasarkan pendekatan berfokus dilaksanakan melalui pendekatan
kembangkan idea (KI ‘A+’) dan pendekatan Arahan Teknik Markah A+ Aku Tahu
Matlamat Akhir (ATMA+). Namun demikian, pencapaian pelajar dalam membuat latihan
menunjukkan peningkatan. Hal ini bermakna kelemahan pelajar dalam menulis
karangan dapat diminimumkan. Soalan-soalan karangan yang diberikan diambil daripada
soalan peringkat daerah Semporna. Walau bagaimanapun pencapaian pelajar bagi
setiap latihan agak kurang cemerlang, namun markah yang diperoleh mampu
meningkatkan pencapaian pelajar yang sederhana dan lemah kepada tahap yang
lebih baik. Keadaan ini terbukti melalui ujian pos yang dilaksanakan. Semasa
ujian pos diberikan hanya 12 orang pelajar mencapai tahap lulus dan 9 orang
pelajar mencapai tahap gagal. Jika dibuat perbandingan antara ujian pra dengan
ujian pos didapati ada peningkatan dari segi pencapaian pada tahap cemerlang
telah mengalami peningkatan ketara, iaitu 7 orang pelajar meningkat kepada 22
orang pelajar.
10.2 Rumusan
Pemerhatian
Masalah
pembelajaran pelajar yang ditunjukkan melalui tingkah laku pembelajaran pelajar
pasif telah dapat diatasi. Sikap pelajar yang gemar berbual, kurang tumpuan,
dan tidak membuat latihan amat berkurangan. Secara tidak langsung menunjukkan
bahawa teknik penulisan TIK (Tema, Isu, Kata Kunci) dalam pendahuluan,
penggunaan AT (Ayat Topik), AH (Ayat Huraian), AC (Ayat Contoh), dan AP (Ayat
Penyimpul) dalam isi, serta CHK (Cadangan, Harapan, Kesan) dalam penutup yang
diserapkan dalam Pendekatan Berfokus mampu memberi panduan kepada pelajar untuk
meningkatkan pembelajaran pelajar menjadi aktif dan berfokus bagi mencapai
kecemerlangan dalam penulisan karangan. Oleh itu, sebagai guru mata pelajaran
Bahasa Melayu, pencapaian murid dalam penulisan karangan umum diharap dapat
membantu meningkatkan peratus keseluruhan markah Kertas 1 Bahasa Melayu
khususnya di peringkat SPM kelak.
10.3 Refleksi
Pengajaran Guru
Setelah
beberapa latihan diberikan kepada pelajar dan akhir kajian pelajar telah menunjukkan
penguasaan baik dalam kemahiran menulis karangan. Keadaan ini memberi respon
positif terhadap pembelajaran pelajar sehingga mempunyai keyakinan diri dalam
menjawab soalan karangan sehingga mampu berdikari membuat latihan sendiri dan
menulis karangan dengan baik. Guru juga telah mengemukakan soalan kepada
pelajar di kelas sama ada mereka masih menghadapi masalah menulis karangan.
Pelajar memberi respon baik bahawa bimbingan guru dalam pendekatan menulis
karangan dan tip-tip penting penulisan karangan banyak membantu pelajar untuk
meningkatkan kemahiran dalam menulis karangan. Respon positif daripada pelajar
terhadap pelaksanaan ‘Pendekatan Berfokus’ amat bermakna kepada penyelidik dalam
usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.
11. CADANGAN
UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan banyak membantu menjayakan dan meningkatkan pencapaian pelajar
berkenaan dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun terdapat aspek lain yang
perlu diberi perhatian khususnya dalam pengajaran tatabahasa. Oleh itu,
dicadangkan untuk meningkatkan penguasaan pelajar berkenaan dalam penggunaan
imbuhan dan penggunaan kata dalam ayat. Selain itu, pelajar juga perlu
menguasai kemahiran membina ayat secara gramatis bagi menghasilkan penulisan
karangan yang baik.
12. PENUTUP
Pembelajaran
pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi kesan
terhadap kemahiran penulisan karangan. Seandainya pelajar mengalami masalah
pembelajaran boleh menjejaskan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan.
Guru seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan berusaha untuk
mengatasinya dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Oleh itu Pendekatan Berfokus yang diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru dalam penulisan karangan diharap mampu meningkatkan pencapaian
pelajar dalam penulisan karangan dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM.