Friday, September 26, 2008

Freedom Writer

Selepas bersahur, saya terus menonton TV sementara menunggu waktu subuh. Saluran HBO memaparkan sebuah filem yang menarik menyebabkan saya dan isteri terus setia mengikutinya sehingga ke akhir. Kisah memaparkan seorang guru bernama Erin Grunnel yang mengajar di sebuah sekolah sekolah di Long Beach, California. Beliau mengajar di sebuah kelas yang mengandungi pelajar yang nakal dan tidak terkawal ini adalah disebabkan oleh persekitaran dan latar belakang keluarga. Pendekatan yang dilakukan oleh Erin ialah pendekatan yang begitu huministik dan menyentuh hati dan sanubari pelajarnya sehingga semua mereka mencapai prestasi pelajaran yang cemerlang. Pendekatan beliau (mengajar bahasa Inggeris) seperti membuat jurnal atau diari sendiri, menulis apa sahaja dalam diari yang dibekalkan oleh Erin. Beliau juga membuat pendekatan lawatan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Beliau cuba memberi nafas baharu kepada suasana pendidikan di sekolah tersebut, namun pihak pentadbiran sekolah tidak menyokongnya disebabkan oleh pengalaman beliau yang singkat dalam bidang pendidikan. Saya teringat satu masa dahulu ada sebuah filem yang bertajuk “To Sir With Love”. Saya masih menyimpan CD lagu berkenaan, dan lagu ini pernah popular di suatu masa dahulu. Filem ini dilakunkan oleh Sidney Poiter dan latar ceritanya begitu menarik serta patut ditonton oleh semua insan guru. Begitu juga filem Freedom Writer ini, sekiranya ada kesempatan atau dapat mencari VCD filem ini, semua guru patut menontonnya. Saya ingin sekali mendapatkan VCD filem ini untuk digunakan dalam kuliah bagi pengajaran kepada guru-guru pelatih. Kesudahan ceritanya, Erin dikehendaki mengajar kelas lain selepas semester baharu bermula. Ini tidak dipersetujui oleh pelajar yang inginkan beliau terus mengajar mereka. Pihak pentadbiran juga tidak menyokong hasrat Erin untuk terus mengajar kelas ini. Kes ini dibawa ke pihak atasan dan mereka memutuskan Erin dibenarkan mengajar semua pelajar-pelajar ini.
Erin mengusahakan agar pelajar-pelajar ini dapat mengeluarkan buku sendiri berdasarkan diari yang mereka tulis sekian lama. Beliau berusaha mendapatkan komputer daripada pihak luar supaya pelajarnya dapat menulis dan mengumpulkan semua cerita daripada diari masing-masing. Akhirnya buku Freedom Writer, hasil gabungan penulisan semua pelajar dapat diterbitkan. Walau bagaimanapun Erin terpaksa membayar hasil usaha dan penat lelahnya serta kesibukan yang beliau tempuhi semasa melayan kerenah pelajar tersebut dengan kepahitan iaitu keruntuhan rumah tangganya sendiri. Suaminya yang tidak tahan dengan kesungguhan Erin mengajar dan menumpukan perhatian kepada pelajar tersebut akhirnya meninggalkan Erin. Namun, kehadiran bapa Erin yang sentiasa memberikan semangat dan bantuan membolehkan beliau terus berjaya dalam bidang perguruan. Erin akhirnya menjadi pensyarah di sebuah universiti di Long Beach. Moral disebalik kisah ini ialah kesungguhan, minat dan kreativiti seorang guru membolehkan beliau menukar sikap dan tingkahlaku pelajar menjadi seorang yang berdisplin, mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri, bermotivasi, dan akhirnya mengubah sikap pelajar menjadi seorang yang berguna. Cerita ini patut ditonton oleh semua bakal guru dan semua guru-guru. Selepas selesai menonton, saya membangunkan anak lelaki supaya pergi ke sekolah. Beliau menjawab ‘pergi sekolah pun bukan cikgu nak mengajar’. Itulah ayat ‘power’ yang dikeluarkan oleh anak saya, menyebabkan saya bertanya kepada diri sendiri..”Apa yang cikgu kita buat ni?”. Memanglah waktu ini adalah waktu yang hampir dengan cuti Hari Raya dan hari akhir persekolah sebelum cuti Hari Raya. Apa pulak kena mengena mengajar dengan hampir cuti hari raya? Adakah guru tak perlu mengajar kalau cuti semakin hampir? Kalau sukatan sudah habis pun (pelik pula, penggal persekolahan masih lama lagi) tak kanlah guru tak perlu masuk ke kelas lagi. Susah nak memikirkannya. Padanlah anak saya tak mahu pergi sekolah kerana suasana persekolahan dan pembelajaran sudah tidak ada lagi, mungkin yang diwujudkan di sekolah itu ialah suasana cuti. Sekolah tersebut adalah sebuah sekolah yang terbaik di kawasan itu, semua muridnya adalah murid 5A UPSR dan 7A PMR. Kita sebagai guru perlu mengekalkan nilai profesionalisme profesyen yang kita cintai ini. Janganlah berbuat sesuatu yang dapat merendahkan imej dan martabat proofesyen kita ATAU kalau tak suka profesyen ini, berhentilah!!! banyak lagi profesyen lain yang sesuai dengan anda. Kasihanlah kepada anak bangsa kita yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan menagihkan kesungguhan serta kreativiti seseorang insan yang bergelar GURU.

Refleksi 5 - PPSMI - Pulau Perhentian

Dilema sekolah pulau (SK Pulau Perhentian)
Gambar menunjukkan pintu masuk ke sekolah Bangunan sekolah
Sekolah ini mempunyai bilangan guru yang sedikit. Tambahan pula, ramai daripada kalangan mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah melalui program yang dianjurkan khas oleh KPM untuk guru sekolah pulau iaitu program Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu. Ini menyebabkan bilangan guru yang masih tinggal dan mengajar di sekolah berkurangan. Selepas guru-guru ini menghabiskan kursus KDP 14 Minggu ini, mereka akan ditawarkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Maka sekolah akan kehilangan mereka dengan kekal kerana sekiranya mereka menghabiskan pengajian kelak, penempatan semula guru ini tidak semestinya ke sekolah asal mereka. Oleh itu guru keluar masuk sekolah dalam keadaan yang tidak terkawal.
Pemandangan daripada bangunan sekolah
Pencerapan PPSMI dilakukan kepada guru mengajar yang mengajar Sains. Beliau menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Melayu yang digunakan adalah dalam loghat tempatan (Kelantan). Menurut beliau, murid tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik menyebabkan mereka tidak dapat memahami langsung isi kandungan pelajaran yang diajar sekiranya menggunakan bahasa tersebut. Ini menyebabkan guru membuat keputusan menggunakan bahasa Melayu. Kata beliau, asalkan murid dapat belajar supaya tidak menjadi seperti kata pepatah ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran’
Murid sedang mengikuti pelajaran Sains (PPSMI)
Murid ini begitu peramah dan menghantar rombongan kami sehingga ke jeti semasa meninggalkan pulau ini.
Usaha pihak sekolah mengadakan program khas untuk meningkatkan prestasi murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah mengkagumkan. Guru ‘mengurung’ murid tahun 6 sejak bulan Febuari di sekolah sehingga UPSR seleasi dijalankan. Ini bermakna semua murid tahun 6 akan tinggal di sekolah sepanjang masa. Bilik darjah yang diubahsuai untuk menjadi kediaman seperti asrama digunakan untuk menempatkan murid-murid ini. Makan minum mereka diuruskan oleh guru dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Kelas tambahan dan persediaan sentiasa diawasi dan dibimbing oleh guru yang juga tinggal di sekolah. Guru tinggal dalam bilik darjah yang diubahsuai menjadi bilik tidur. Kebanyakan guru ini berasal daripada tanah besar (semenanjung). Istilah yang digunakan di sini ialah ‘darat’. Hujung minggu guru-guru ini akan pulang ke ‘darat’ (Kuala Besut dan kawasan persekitaran). Hasilnya menakjubkan, Tahun 2007 – seorang murid mendapat 5A dan seorang 4A. Murid yang memperolehi 5A ke Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dan murid yang memperolehi 4A pulak ditempatkan di sekolah premier di Kuala Besut. Hasil program ini yang telah dijalankan sekian lama juga telah menampakkan hasil positif apabila beberapa orang bekas murid sekolah ini telah berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Salah seorang graduan universiti telah menjadi seorang tenaga pengajar sementara di sekolah ini. Beliau telah menjadi ‘role model’ kepada semua murid yang lain. Aktiviti Kokurikulum Walau pun tiada kemudahan asas seperti padang bola dan sebagainya, namun terdapat dua orang murid sekolah ini mewakili negeri dalam acara olahraga. Ini adalah sesuatu yang menakjubkan! Modal insan dalam bentuk kokurikulum (sukan) dapat diketengahkan daripada kalangan penduduk di sini dalam suasana begini seperti sukan renang, formula future, diving dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu harus membuka mata dan melakukan sesuatu supaya modal insan ini tidak terbiar begitu sahaja. Murid yang hidup dalam persekitaran ini adalah amat mahir dan cekap dalam bidang-bidang kokurikulum seperti saya sebutkan.
Hanya ini sahaja ruang untuk aktiviti sukan
Stigma Guru yang dihantar ke sekolah pulau adalah guru buangan (amalan dahulu). Kini masih wujud stigma itu, walaupun realitinya tidak begitu. Malahan insentif elaun guru sekolah pedalaman RM500.00 sebulan telah diberikan kepada guru yang ditempatkan di sekolah pulau dan pedalaman. Dilema mereka adalah – keluarga di ’darat’ dan perlu balik ke ‘darat’ seminggu sekali. Tambang bot adalah RM70.00 pergi balik, bermakna mereka menghabiskan RM280.00 sebulan untuk tambang bot (jika pulang setiap minggu). Perjalanan bot ke ‘darat’ pula bergantung kepada cuaca (jadual biasa ialah 8.00 pagi – 12 tengahari). Manakala musim tengkujuh pula, ribut sentiasa berlaku dan kuat, maka bot tidak boleh bergerak. Oleh itu mereka tidak dapat balik ke ‘darat’. Ribut sentiasa berlaku di pulau ini, dan kekuatannya sehingga dapat menerbangkan atap sekolah (hampir setiap tahun berlaku). Terdapat sebuah klinik desa di pulau ini dan mengandung dua orang staf yang berkerja sepanjang masa (seorang Staff Nurse dan seorang Assistant Nurse). Bagi keperluan kecemasan, terdapat bot ambulance disediakan oleh pihak berkuasa. Operasi kecemasan juga bergantung kepada keadaan cuaca. Sekiranya berlaku kecemasan, tetapi cuaca tidak mengizinkan untuk bot ambulance ini bergerak, maka pesakit tidak dapat dihantar ke hospital di semenanjung. Daripada aspek keselamatan pula, terdapat sebuah pondok polis (balai polis) dengan dua orang kakitangan bertugas. Label bangunan dinyatakan sebagai pondok polis tetapi dilihat daripada bangunannya, ianya bukanlah ‘pondok’ tetapi sebuah bangunan dua tingkat yang agak besar.
Pemandangan daripada bangunan sekolah menunjukkan 'pondok' polis dan jeti
Persekitaran pulau ini telah diisytiharkan sebagai Taman Laut Negara. Oleh demikian aktiviti nelayan di sekitar perairan ini adalah dilarang dan sentiasa diawasi oleh pihak berwajib. Semua keperluan asas datang daripada tanah besar seperti air bersih (tawar) Satu saluran paip bawah tanah dari tanah besar sedang dipasang untuk membekalkan air tawar bersih kepada penduduk tempatan. Tenaga elektrik pula sentiasa ada 24 jam melalui janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan punca tenaga solar milik TNB.
Pemandangan menunjukkan kawasan penempatan penduduk tempatan
Terdapat juga penduduk yang mengusahakan perusahaan 'sarang burung' dengan membina rumah untuk burung layang-layang membuat sarang.
Menurut seorang penduduk kampung, dahulu penduduk di sini adalah nelayan dan mereka menangkap ikan untuk keperluan sendiri serta bercucuk tanam seperti sayuran dan buah-buahan. Kini penduduk bergantung sepenuhnya kepada makanan dan hasil ikan daripada tanah besar. Anak muda semuanya berkerja dengan chalet-chalet dan hotel-hotel sekitar pulau berhampiran atau membawa bot pelancong yang dikenali sebagai ’teksi’. Ada penduduk yang mengusahakan sendiri ‘teksi’ air ini untuk membawa pelancong-pelancong ke destinasi pelancongan (pantai) yang menarik bagi tujuan mandi atau ‘snorkeling’. Kelihatan ramai pelancong asing datang ke pulau ini untuk menikmati keindahan Pulau Perhentian dan persekitaran air sekelilingnya. Pulau ini juga menjadi tempat persinggahan nelayan daripada Thailand yang berlindung daripada ribut.
Kelihatan sebuah lagi pulau perhentian (Pulau Besar) yang menjadi tumpuan pelancong

Guru Cemerlang (GC) – Dilema Guru Sains dan Matematik

Sepanjang pencerapan yang dijalankan dan berdasarkan kepada pengalaman membuat pencerapan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, saya mendapati ramai guru-guru Sains dan Matematik mempunyai peluang dan ruang untuk memohon Guru Cemerlang (GC). Kuota GC di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah dapat dipenuhi setiap tahun kerana ketiadaan guru yang layak, malah jumlah permohonan GC dalama kalangan guru juga tidak begitu memberangsangkan sedangkan jumalah keseluruhan guru di negara kita adalah begitu ramai. Oleh itu, KPM tidak dapat membuat unjuran permohonan untuk kuota tambahan bagi GC daripada bahagian perkhidmatan. Kuota yang sedia ada tidak pernah dapat dipenuhi, bagaimana pulak nak mohon tambahan? Mengapa perkara ini timbul?
Katanya guru-guru diberikan peluang untuk meningkatkan kerjaya mereka melalui GC. Malahan GC juga diperluaskan kepada DG44, DG48, DG 52 sehingga DG54. Daripada pemerhatian dan perbincangan saya dengan guru-guru yang ditemui, ramai guru yang boleh mengajar dengan baik dan berpotensi menjadi GC dalam mata pelajaran sains dan Matematik, tetapi mereka tidak cukup berani mengemukakan permohonan GC kerana takut dicerap pengajaran dalam bahasa Inggeris. Oleh itu karier guru melalui GC sudah terjejas. Hanya guru Sains dan Matematik yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan yakin dan baik sahaja ‘berani’ memohon. Mereka adalah daripada graduan yang berkelulusan dari luar negara, berbangsa Cina dan India (yang biasanya boleh menguasai bahasa Inggeris dengan yakin dan baik, (adakah anda setuju dengan saya?)) sahaja yang berpeluang menjawat jawatan GC dan berani memohon GC.

Refleksi 4 - PPSMI

Pencerapan ini dilakukan terhadap seorang guru yang mengajar Matematik di sebuah Sekolah Menengak Kebangsaan Agama (SMK(A))
Guru yang mengajar kelihatan gementar dan mencuba untuk menggunakan bahasa Inggeris semasa mengajar. Bahasa Inggeris yang digunakan kelihatan agak kurang kena dan kurang tersusun, agak payah untuk beliau memilih dan menyusun ayat secara spontan apabila berkomunikasi dengan murid. Oleh kerana matematik tidak memerlukan begitu penjelasan yang panjang lebar, maka tidak begitu sukar untuk murid menguasai isi kandungan pelajaran (sebahagian besar). Semasa menjalankan aktiviti latihan, guru memberikan penjelasan dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Murid juga menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi sesama sendiri semasa perbincangan dalam kumpulan. Selepas selepasi pengajaran dilakukan, saya cuba bertanya kepada murid mengenai penggunaan bahasa Inggeris oleh guru mengajar mereka sebentar tadi. Mereka memberikan reaksi yang kurang meyakinkan dan menyatakan pengajaran hari ini lebih menggunakan bahasa Inggeris berbanding sebelumnya. Guru masih lagi cuba menyembunyikan amalan biasa yang mereka lakukan. Apabila dicerap oleh seseorang yang berkaitan dengan PPSMI, mereka cuba menggunakan bahasa Inggeris sebanyak mungkin. Ini menyebabkan kajian yang berkaitan tidak dapat memperolehi data yang tepat. Guru yang mengajar Sains dan Matematik melakukan dua tugas pengajaran yang serentak. Mereka membantu guru bahasa Inggeris terutamanya untuk mengajar vokabulari. Di samping itu, guru ini juga perlu mengajar isi kandungan mata pelajaran Sains atau Matematik. Umpamanya, guru perlu menjelaskan makna ‘bleach’, ‘liquid’, ‘solution’ dan lain-lain perkataan yang kurang biasa dalam kalangan murid, terutamanya murid luar bandar dan pedalaman. Ada guru yang menyatakan ‘soft drink’ itu sebagai minuman lembut apabila ditanya oleh murid mereka. Lalu mereka diberikan sedikit imbuhan untuk mengajar kedua-dua subjek ini.

Tuesday, September 23, 2008

Refleksi 3 - PPSMI

Salam bahagia.. Refleksi berikutnya adalah daripada pencerapan seorang guru di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C)) Guru dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan menggunakannya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun sesetengah istilah di selang-selikan penjelasan dalam bahasa Mandarin dan bahasa dialek tempatan. Sebahagian kecil murid dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dapat berkomunikasi dengan guru. Namun, semasa murid menjalankan aktiviti yang diberikan, dan semasa guru membantu murid melakukan aktiviti latihan, beliau banyak menggunakan bahasa Mandarin bagi memastikan muridnya faham. Menurut guru tersebut, sebahagian besar murid ini tidak suka diajar dalam bahasa Inggeris (juga dapat diperhatikan melalui reaksi yang ditunjukkan oleh mereka). Guru ini merupakan seorang guru yang amat berdedikasi dan berusaha keras untuk memahamkan murid-murid beliau. Guru cukup berkeyakinan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Beliau menggunakan 70% bahasa Inggeris dan selebihnya 30% bahasa Mandari yang diselang-selikan dengan dialek tempatan (Hokien) Murid-murid sekolah Cina amat beruntung kerana mereka dibenarkan untuk belajar mata pelajaran ini dalam bahasa ibunda mereka sendiri (bahasa Mandarin). Oleh itu mereka berpeluang menguasai isi kandungan pelajaran sebanyak dua kali, iaitu dalam bahasa Inggeris (semasa waktu belajar biasa) dan dalam bahasa ibunda (semasa waktu tambahan). Persekitaran murid (latar belakang keluarga dam sebagainya) sangat banyak membantu mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan guru. Ini berlaku dalam kelas ini, beberapa orang murid berinteraksi dengan guru menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Murid kelihatan begitu yakin bertutur. Namun, semasa menjalankan aktiviti kumpulan, mereka masih menggunakan bahasa ibunda untuk berinteraksi sesama sendiri. Apabila ditanya sama ada beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, beliau berkata cukuplah setakat ini. Beliau sudah selesa dengan tugas dan tanggung jawab yang dipikul sekarang, tambahan pula beliau adalah penduduk tempatan dan cukup selesa dengan apa yang beliau ada. Saya bertanya sama ada beliau berminat untuk memohon Guru Cemerlang (saya rasa beliau layak), beliau menyatakan kurang berminat buat masa ini. Jumpa lagi....

Refleksi 2 - PPSMI

Salam bahagia, Saya membuat pencerapanan pengajaran seorang guru sains yang mengajar Tahuan Empat di sebuah sekolah kebangsaan kawasan pedalaman, Jertih, Terengganu. Guru cuba menggunakan bahasa Inggeris sebanyak mungkin semasa mengajar. Namun murid tidak dapat memahaminya, lalu guru selang-selikan dengan bahasa Melayu. Kaedah yang beliau gunakan ialah dengan memulakan penerangan dalam bahasa Inggeris dan diikuti dengan bahasa Melayu (dwi bahasa). Ini menyebabkan peranan beliau seolah-olah mengajar bahasa Inggeris dan melakukan penterjemahan. Suasana pembelajaran menjadi tidak tenang dan murid kelihatan keliru disebakan tidak faham apa yang diajar oleh guru. Walaupun pada permulaan pencerapan, telah dijelaskan kepada guru supaya melakukan amalan yang beliau gunakan sebelum ini, namun guru kelihatan seolah-olah masih mahu mencuba menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar. Semasa memberi latihan dalam kumpulan kecil, guru mendapati muridnya tidak faham apa yang diajar, lalu beliau penjelasaan dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Mereka berbincang sesama sendiri semasa menjalankan aktiviti yang disediakan oleh guru dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Saya berpendapat perkara ini tidak harus berlaku sekiranya kita ingin murid-murid menguasai isi kandungan pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris. Sekiranya mereka menggunakan bahasa Inggeris semasa perbincangan aktiviti pembelajaran, maka kejayaan PPSMI akan menjadi kenyataan. Semasa menjawab soalan ujian sains yang diedarkan oleh pengkaji (sepenuhnya dalam bahasa Inggeris), saya mendapati murid-murid tidak dapat memahami kata kunci yang mudah seperti ’identify’, ’statement’, ’disperse’, ’characteristics’, ’classified’, ’toasting bread’, ’transformation’ dan lain-lain. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan dengan baik. Faktor persekitaran didapati memainkan peranan utama terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid ini. Contohnya, mereka jarang melihat atau menggunakan pembakar roti (toaster), maka mereka tidak dapat mengagak apakah maksudnya ’toasting bread’ walaupun mereka tahu ’bread’ adalah roti. Ini adalah kerana mereka jarang bersarapan atau makan roti bakar atau menggunakan ’toaster’ untuk membakar roti. Saya merasa amat kasihan kepada murid-murid ini kerana mereka terpaksa belajar sesuatu yang agak sukar dalam bahasa yang mereka sendiri sukar fahami atau kuasai. Saya terfikir mengapakah terjadi begini sedangkan mereka mengikuti mata pelajaran bahasa Inggeris dengan tempoh waktu yang begitu sesuai. Sudah tiba masanya (agaknya) pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan diperbaiki daripada segi pendekatannya (mungkin juga kurikulumnya perlu dirombak semula). Vokabulari murid-murid ini begitu terbatas sekali, perkataan yang begitu mudah dan sering digunakan dalam percakapan harian pun tidak dapat dikuasai, tambahan pulak perkataan yang digunakan dalam pembelajaran mata pelajaran Sains. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh murid-murid di negara kita, sejak dahulu kala lagi (adakah salah pernyataan saya ini?) Keseluruhannya, guru didapati kurang berkeyakinan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran, walaupun beliau adalah seorang guru berijazah yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan. (Beliau menceburi bidang perguruan setelah mendapati bidang yang beliau ceburi selama tiga tahun tidak terjamin (job secure)) Lalu beliau memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di sebuah maktab perguruan. Luahan hati beliau lagi... Guru berijazah diberikan elaun (BISP) untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah 5% daripada gaji pokok, sedangkan bagi guru-guru tidak berijazah pula diberikan 10% daripada gaji pokok. Adakah ini wajar? Mengikut pandangan seorang guru berijazah (sekolah menengah), mereka lebih sukar melaksanakan tugas ini berbanding guru tidak berijazah (sekolah rendah), lalu kenapa mereka diberikan kadar elaun yang berbeza? Saya mohon pandangan/pendapat daripada pembaca sekiranya fakta ini tidak benar dan kewajaran perbezaan peratus elaun (BISP) tersebut. Peratus bahasa Melayu yang digunakan sepanjang sesi pengajaran ialah 80% , manakala bahasa Inggeris pula 20%. Bahasa Melayu yang digunakan adalah loghat tempatan (Kelantan). Berjumpa lagi dalam refleksi seterusnya...

Thursday, September 18, 2008

Refleksi 1 PPSMI (Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris)

Saya menjadi salah seorang daripada ahli dalam kumpulan penyelidikan yang sedang menjalankan kajian terhadap pelaksanaan PPSMI secara keseluruhannnya di seluruh negara. Sepanjang lawatan pengumpulan data, kami dekehendaki membuat pencerapan guru yang mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di beberapa buah sekolah yang terpilih secara rawak di negeri Terengganu. Beberapa buah sekolah rendah (bandar, luar bandar, pedalaman, pulau dan FELDA) dan beberapa buah sekolah menengah (Sekolah menengah kebangsaaan agama, harian, bendar, luar bandar dan pedalaman) telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Berikut adalah beberapa refleksi yang dapat dibuat sepanjang membuat pencerapan pengajaran dalam lawatan tersebut. Refleksi 1 Sebuah sekolah rendah di Kuala Besut, Terengganu Mata Pelajaran Sains Tahun Empat Guru mencuba dengan pelbagai cara untuk membantu murid belajar sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Mengambil kira kelemahan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris, guru menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (dalam Bahasa Inggeris) untuk membantu beliau mengajar. Murid tidak faham sekiranya guru bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka berbincang sesama sendiri juga menggunakan bahasa Melayu. Murid tidak berani bertanya kepada guru dalam bahasa Inggeris kerana mereka kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa tersebut. Murid begitu lemah dalam penguasaan kosa kata (vokabulari) bahasa Inggeris, sehingga perkataan yang mudah seperti 'vinegar', 'detergent' tidak dapat difahami. Guru sendiri kurang yakin menggunakan Bahasa Inggeris. Perisian komputer yang digunakan dapat membantu beliau. Guru bercakap dalam Bahasa Melayu (loghat Kelantan) tetapi menulis di papan hitam dengan Bahasa Inggeris. Sesekali diselang seli dengan Bahasa Inggeris semasa bercakap. Guru ini sendiri tidak yakin menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar. Semasa melakukan ujian sains (soalan disediakan oleh penyelidik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya), murid tidak memahami soalan ujian kerana tidak menguasai kosa kata bagi beberapa perkataan yang menjadi tugasan kepada soalan tersebut. Contohnya, mereka tidak faham apa yang dimaksudkan dalam soalan seperti 'clasify', 'characteristics', 'disperse' dan lain-lain perkataan yang menjadi kata kunci kepada soalan. Keseluruhannya guru menggunakan 90% bahasa Melayu dan 10% sahaja bahasa Inggeris sepanjang sesi pengajaran beliau. Bahasa Melayu yang digunakan adalah loghat tempatan (Kelantan) Jumpa lagi dalam refleksi 2....

Thursday, September 11, 2008

PPSMI - Apa Yang Murid Belajar?

PPSMI adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris iaitu dasar pendidikan yang telah dilaksanakan kebelakangan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran penting dalam kurikulum kebangsaan. Pelbagai insentif telah diadakan oleh pihak kerajaan bagi merealisasi dan menjayakan dasar ini. Walau pun pelbagai rintangan dan halangan daripada berbagai pihak, namun pelaksanaan PPSMI tetap dilakukan.
Ini adalah arahan TOP – DOWN daripada peringkat paling tinggi. Sudah berbilion wang (RM) telah digunakan bagi mempastikan PPSMI berjalan dengan lancar.Bagaimana hasilnya? Maklumbalas pelaksanaan PPSMI diperolehi oleh Kementerian Pelajaran melalui pelaksanaan penaziran oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS) dimana terdapat satu unit naziran PPSMI yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Pemeriksaan pengajaran dan pembelajaran PPSMI dilakukan secara menyeluruh ke seluruh negara oleh nazir daripada Putrajaya dan juga nazir di semua negeri semanajung, Sabah dan Sarawak. Hasil atau maklum balas laporan nazir telah dikemukakan kepada menteri pelajaran sejak beberapa tahun kebelakangan. Nampaknya, hasil naziran menunjukkan semuannya berjalan dengan lancar dan baik. Bagaimanakan aspek kelemahan dan ’ketidakmenjadian’ murid? Adakah dilaporkan dengan telus dan berani? Soal ini banyak menimbulkan tanda tanya??? Secara jujurnya, sekiranya kita melihat perkembangan pencapaian PPSMI murid dalam tempoh setahun kebelakangan ini, banyak persoalan dan isu dapat dibincangkan diperingkat nasional dan tertinggi kerajaan.
Sehingga persidangan UMNO tahun 2007 telah membangkitkan perkara ini dengan lantang dan beraninya supaya dasar dikaji semula. Sebelum itu, dalam satu wadah persidangan Orang Melayu, ada satu kajian telah dibentangkan oleh sekumpulan cendekiawan Melayu yang mengkaji pelaksanaan dasar ini. Banyak perkara yang kurang menarik telah dilaporkan. Khabarnya kumpulan cendekiawan tersebut menghadapi beberapa masalah selepas itu. Kini, ketelusan terhadap pelaksanaan dasar tersebut kian terserlah dan sudah ramai yang berani tampil ke hadapan untuk membincangkan isu ini.Nak tahu keberkesanan atau baik buruknya pelaksanaan dasar ini?
Tanyalah kepada guru yang mengajar! Bagaimana? Mestilah melalui penyelidikan! Siapa yang nak lakukan? Sudah tentu agensi kerajaan seperti EPRD dan pensyarah-pensyarah di IPTA/S atau Institut Perguruan. Kalau anda bertanya kepada guru secara formal melalui kajian, adakah mereka mahu menyatakan bahawa yang pelaksaaan dasar tersebut mempunyai masalah besar kepada murid? Setahu saya, guru adalah insan yang paling patuh kepada orang yang memberi arahan. Mereka akan memberi tahu kepada pengkaji bahawa PPSMI adalah baik dan ok!
Memang pun pesanan Guru Besar dan Pengetua sentiasa dipatuhi. Guru-guru perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap pelaksanaan PPSMI. Kalau ada pegawai daripada kementerian atau mana-mana badan atau agensi kerajaan atau sebagainya datang melawat ke bilik darjah, guru-guru mesti mengajar dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Tambahan lagi kalau dicerap oleh Nazir Sekolah. Kalau siapa pun tanya tentang PPSMI, guru-guru mesti bagi tahu yang ok sahaja. Hanya ada segelintir sahaja guru yang BERANI melanggar arahan ini. Mereka ini menyatakan yang benar berlaku dalam bilik darjah mengenai ‘kemenjadian’ murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Ada caranya kalau kita nak tahu yang sebenar… pergilah berbisik dengan guru tersebut, cakap perlahan-lahan dan pujuk mereka, pasti fakta sebenarnya akan dapat diketahui.
Seorang Pengetua sekolah pernah bertanya kepada seorang penyelidik, “Apa pandangan tuan tentang PPSMI?”
Penyelidik ini tidak menjawab, malah menyoal semula pengetua tersebut “Kalau ada dua aliran sekolah (Melayu dan Inggeris), sekolah manakah yang Puan akan hantar anak Puan?”
Pengetua ini menjawab “Sekolah Inggeris”.
Penyelidik ini berkata “Itulah jawapan saya
Bermakna beliau amat menyokong PPSMI. Persoalannya….. adakah sama sekolah aliran Inggeris dengan sekolah yang melaksanakan PPSMI? Kalau nak bagi murid pandai bahasa Inggeris, ajarlah mereka dengan bahasa tersebut, bukan ajar Sains dan Matematik dalam bahasa tersebut!!!Menurut seorang aktivis Melayu yang kini sedang rancak menjalankan kajian mengenai PPSMI, hanya 20% sahaja murid yang dapat ikut. Selebihnya (majoriti) tertinggal.
Semasa membuat penyeliaan di dua buah sekolah (menengah dan rendah), saya boleh mengesahkan dakwaan aktivis ini. Sebuah kelas yang terpandai sahaja (daripada lima buah kelas) yang OK dengan PPSMI, selebihnya KO. Kelas yang sederhana itu adalah dalam 20% ke 30% yang boleh ikut. Semasa melaksanakan ujian yang 100% dalam bahasa Inggeris, mereka tak dapat memahami soalan. Murid kita ini sebenarnya ada dua masalah besar apabila menjawab soalan dalam bahasa Inggeris:
  • Masalah untuk memahami soalan dalam bahasa Inggeris.
  • Masalah untuk menjawab atau mencari jawapan (terutamanya dalam Matematik, Fizik dan Kimia)

Sebab itulah, orang Melayu ramai lulus Sains dan Matematik ketika sekitar tahun 1980an (agaknya) sebab mereka belajar dalam bahasa Melayu dan hanya menghadapi satu masalah sahaja iaitu menjawab soalan! Kalau nak tengok daripada keputusan peperiksaan awam yang lalu (UPSR, PMR dan SPM) memanglah ramai yang lulus tinggi dalam Matematik dan Sains. Tanya Lembaga Peperiksaan Malaysia, cara nak meramaikan orang lulus cemerlang. Cikgu sendiri pun terkjut beruk! Murid yang tak sangka skor pun dapat bagus… murid sendiri pun terkejut, “ehh!! macam mana aku boleh pandai macam ni?”. Ibu bapa pun sama, “laaaa!!! dia boleh skor ya… tak sangka!!!”

Banyak faktor yang boleh dibincangkan di sini, antaranya ialah:

  • Latar belakang sosial murid, terutamanya yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.Pendedahan murid dan ibu bapa kepada bahasa Inggeris adalah terhad sama ada daripada segi bacaan (bahan bacaan) dan pertuturan sama ada di rumah atau dalam masyarakat.
  • Latar belakang guru. Tidak ramai guru yang kompetens dalam berbahasa Inggeris. Lainlah guru dalam zaman dahulu yang ada sekolah aliran Inggeris. Semua gurunya mahir dan yakin berkomunikasi dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris.
  • Terminologi yang digunakan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Banyak terminologi yang ada dalam kedua-dua subjek ini tidak membantu murid untuk cekap berbahasa Inggeris, sama ada daripada segi vokabularinya atau pun tata bahasa (grammar).
Maka, wujudkanlah semula aliran bahasa Inggeris sekiranya kerajaan mahukan warga negara yang pandai berbahasa Inggeris. Ibu bapa akan mempunyai pilihan mereka sendiri sama ada mahu menghantar anak ke sekolah Inggeris atau sekolah Melayu. Sekolah Inggeris dahulu, semua subjek diajar dalam bahasa tersebut. Ada hari yang tak boleh cakap Melayu langsung, kalau cakap sepatah 10 sen denda… maka lahirlah ramai orang Melayu yang berbahasa Inggeris dengan fasih. Adakah kerajaan mahukan itu? Apakah yang terkandung dalam dasar Bahasa Kebangsaan? Selama ini dilaungkan-laungkan bahasa bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan. Lihat sahaja bahasa Indonesia. Terbukti bahawa bahasa dapat menyatu padukan rakyat….
Memang kasihan kepada guru-guru yang terlibat dalam PPSMI. Mereka dibebankan dengan pengajaran begini dan mereka juga akan dipersalahkan jika murid gagal. Diharapkan, janganlah ikut sangat dasar yang mantan PM tu buat. Tengoklah balik… jangan menang sorak, kampung tergadai. Masa depan orang Melayu perlu diutamakan. Pandangan ramai pihak menyatakan bahawa dalam sedekad akan datang kita akan dapat melihat kesan ke atas pelaksanaan dasar ini. Graf bilangan Melayu dalam bidang Sains dan Matematik akan menurun dengan mendadak.

Sebahagian Guru dan Nazir Semasa Membuat Pemeriksaan PPSMI di SMK Hang Kasturi, Melaka

Teknik Penyoalan Guru

Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek penyoalan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam setiap borang penilaian pemerhatian bagi penyeliaan pengajaran dan pembelajaran semasa latihan perguruan atau borang penyeliaan oleh Jemaah Nazir Sekolah atau sesiapa sahaja dalam proses penilaian atau pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru, pasti sahaja ada elemen ini dinilai. Betapa pentingnya seseorang guru itu menguasai teknik dan kemahiran menyoal adalah menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat amalan guru yang tidak memberikan perhatian kepada teknik menyoal, umpamanya guru menyoal dengan soalan yang tidak jelas, bersifat spontan, tidak menentukan tujuan, stereotaip dan hanya berkisar sekitar mencungkil ingatan serta memahami fakta sahaja. Soalan sedemikian tidak akan dapat mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Apakah Penyoalan?
Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.
SOALAN —-> MAKLUMBALAS —-> REAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS
Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental. Beberapa kebaikan penyoalan adalah seperti berikut;
  • Merangsang pembelajaran
  • Mengembangkan potensi berfikir murid
  • Memandu kepada idea yang jelas
  • Menggerakkan imaginasi
  • Insentif kepada tindakan

Guru perlu menyedari bahawa kuantiti soalan dan kualiti penyoalan semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah merupakan salah satu unsur penting dalam menentukan keberkesanan dan kualiti sesi pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu merancang dengan teliti dan rapi dengan mengambil kira beberapa faktor seperti berikut;

  • Mental
  • Psikologi
  • Persekitaran
  • Pengalaman murid
  • Keperluan sesuatu mata pelajaran

Mengapakah penyoalan guru ini begitu penting?

Terdapat beberapa unsur yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran guru melalui penyoalan iaitu unsur penyiasatan (interrogation) dan unsur rangsangan yang menunjukkan apa yang harus dipelajari dan arahan yang perlu dilakukan. Janganlah pula kita sendiri yang menyoal dan kita sendiri yang menjawab, tanpa memberikan ruang untuk murid berfikir dan mencari jawapan. Amalan sesetengah guru memang begitu seperti guru mengemukakan soalan kepada semua murid: ”Faham tak?” kemudian tanpa menunggu jawapan murid, beliau meneruskan percakapannya. Atau pun menyoal: ”Faham tak?” dan keseluruhan murid menjawab ”Faham”. Adakah beliau mengetahui siapakah yang sebenarnya faham dan siapa pulan yang tidak faham. Murid cenderung untuk menjawab secara beramai-ramai apabila rakan lain menjawab ”Faham”. Fikirkanlah tindakan yang telah kita lakukan ini dan buatlah renungan atau refleksi mengenai amalan penyoalan kita.

Apakan tujuan guru menyoal?

Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

  • Merangsang penglibatan murid
  • Mengulangkaji
  • Merangsang murid untuk berbincang
  • Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif
  • Menguji kebolehan murid
  • Menilai kemajuan murid
  • Menentukasn sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai
  • Menarik minat murid
  • Mengawal tingkah laku murid
  • Menyokong sumbangan idea murid
  • Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid

Nabi Muhammad (SAW) kerap menggunakan pendekatan dialog dan bersoal jawab sebagai kaedah berinteraksi secara dua hala dalam sesi pengajaran Beliau. Ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pendengnar dan mengajak mereka agar memberikan respon atau maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan. Dengan cara ini idea yang bernas dapat digunakan dalam menjawab soalan. Sekiranya para sahabat Beliau tidak dapat menjawab, Beliau sendiri akan memberikan jawapan yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada orang yang mendengar. Soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah adalah menguji minda dan membawa pengertian yang begitu jauh serta mendalam, disamping mengandungi unsur-unsur analogi atau perumpamaan. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Hurairah, Rasulullah bersabda (menyoal):

Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah masing-masing, dan kalian mandi di dalamnya sebanyak lima kali setiap hari, apakah akan ada kekotoran yang masih tinggal?”

Jawapan daripada pengikut beliau:

Tidak akan ada kekotoran sedikit pun” Lalu Rasulullah bersabda lagi: ”Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa dengannya

Baginda juga sering menyoal para sahabat mengenai perkara yang sudah baginda sendiri ketahui untuk mencungkil kebijaksanaan, mengasah kecerdikan dan menyalurkan ilmu kepada mereka melalui teknik mengemukakan hujah agar dapat menguji ilmu yang ada dalam minda masing-masing. Contohnya (menurut riwayat oleh Sayyidina Abdullah bin Umar) semasa Baginda lalu di bawah sepohon kurma, Baginda mengambil buah dan memakannya dan berkata:

Sesungguhnya ada sejenis pokok yang berwarna hijau, keberkatannya umpama keberkatan seorang muslim, daunnya tidak gugur, dan tidak pula bertaburan, dan ia mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah Taala, dan sesungguhnya ia seumpama seorang muslim, maka khabarkan padaku apakah pohon tersebut?

Ramai para sahabat telah meneka pohon yang dimaksudkan oleh baginda, dan akhirnya Rasulullah telah memberikan jawapan:

Ia adalah pohon kurma

Walau pun Sayyidina Abdullah bin Umar yang mendengar soalan tersebut mengetahui jawapannya, namun beliau merasa malu untuk menjawab kerana beliau adalah paling muda dalam kalangan mereka sedangkan orang lain diam membisu.

Oleh itu, seseorang guru yang memiliki nilai-nilai profesionalisme yang tinggi sewajarnya mengajukan persoalan kepada murid bagi menguji kefahaman, menggalakkan agar mereka sentiasa berfikir serta menjelaskan jawapan yang sebenar kepada mereka sekiranya mereka tidak mengetahuinya. Guru juga perlu menggunakan perumpamaan, metafora, analogi yang bersesuaian untuk menambahkan kefahaman dan menggambarkan maknanya agar ia kukuh menetap dalam fikiran atau minda murid.

Pengurusan Persekitaran Sekolah

Syabas kepada guru-guru yang dapat menguruskan persekitaran sekolah dengan bersih, kemas dan ceria. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang bersih, kemas dan kelihatan ceria akan dapat menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baik dan membantu guru serta murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih selesa dan berkesan. Ada sekolah yang menyediakan lanskap yang menarik seperti taman herba, taman burung, taman arnab, kolam ikan dengan pancutan atau aliran air. Suasana ini menggambarkan kesungguhan pentadbir dan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Bukan sekadar guru dan murid yang mendapat manfaat daripada persekitaran yang kondusif ini, pelawat sekolah juga merasa terhibur dan seronok melihat suasana yang ceria ini. Pondok bacaan atau wakaf yang mengandungi pelbagai bahan bacaan dapat menggalakkan murid untuk mentelaah pelajaran dengan tenang disamping mendapatkan maklumat yang berguna daripada bahan bacaan yang disediakan.
Lanskap yang menceriakan sekolah
Pondok Bacaan
Pintu masuk tandas murid
Keadaan tandas yang bersih, sama ada tandas murid dan tandas guru membolehkan warga sekolah mensucikan badan dengan selesa.
Aktiviti jualan yang dikendalikan oleh murid
Ada sekolah yang menganjurkan aktiviti hari kokurikulum yang dapat memberikan pengalaman usahawan yang berguna kepada murid. Aktiviti jualan yang sepenuhnya dikendalikan oleh murid akan dapat memberikan pengalaman yang tidak boleh diajar di dalam bilik darjah.
Bilik darjah yang ceria dan sudut informasi yang sentiasa kemas serta menarik disediakan oleh guru dan murid. Ini memerlukan penglibatan secara langsung dan bersungguh-sungguh daripada guru kelas dan guru mata pelajaran. Papan pamer (softboard) yang disediakan di hadapan dan belakang bilik darjah adalah satu peluang untuk guru dan murid berkreatif. Kalau diharapkan murid sahaja, perkara ini tidak akan berlaku. Guru perlu memainkan peranan penting dalam menggalakkan murid mengisi bahan atau maklumat berkaitan dengan pelajaran di ruangan yang disediakan. Ada sekolah yang tidak menguruskan persekitaran dengan baik seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini. Papan hitam dan papan pamer (softboard) yang terdapat dalam bilik darjah yang berlubang dan tidak diselia dengan baik. Ini akan menggambarkan imej guru dan pentadbir sekolah itu sendiri. Saya pernah melawat ke sekolah-sekolah di luar negara dan melihat sendiri bagaimana keadaan bilik darjah di sekolah mereka. Bilik darjah mereka dipenuhi dengan bahan-bahan yang informatik. Hasil kerja murid dipaparkan di bilik darjah. Ini adalah satu bentuk penghargaan kepada hasil kerja murid. Ayuh cikgu, kita bertindak sekarang untuk menceriakan bilik darjah kita sendiri. Bekalkan murid dengan pelbagai bahan informasi berkaitan pelajaran yang kita ajar, minta mereka cari bahan-bahan yang sesuai untuk dipamerkan. Sentiasa kemaskini bahan-bahan tersebut supaya tidak jemu dipandang.
Troli Projektor Yang Lengkap Dengan Penyambung Elektrik digunakan sebagai tempat letak bunga
Bagaimana pulak yang ini? Sepatutnya troli yang menjadi tempat letak projektor LCD yang dilengkapi dengan plug penyambung punca elektrik ini perlu digunapakai dan diuruskan dengan sebaik mungkin. Fungsi alat ini sudah berubah menjadi meja tempat letak bunga. Kalau diperhatikan, banyak sekolah yang menyalahgunakan alat yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran ini. Setiap makmal dibekalkan dengan alat ini. Disesetengah sekolah, alat ini juga kelihatan terdapat di bilik darjah. Rasanya kos untuk membeli peralatan ini agak mahal juga, tetapi alat ini terabai dan tidak digunakan oleh pihak sekolah (guru). Sesetengahnya sudah rosak dan kelihatan buruk, tersimpan dalam stor. Kementerian Pelajaran perlu melihat semula pembekalan alat ini supaya pembaziran tidak berlaku.
Pandangan dari atas sebuah sekolah yang kelihatan bumbung dipenuhi sampah

Murid Ketagih Daun Ketum

Salam Bahagia, Selamat berjumpa kembali.
Beberapa minggu lalu Harian Metro melaporkan guru baling kerusi ke dinding dan terkena murid. Ini adalah akibat daripada kenakalan murid sehingga guru ‘naik minyak’ dan tidak dapat mengatasi kesabaran yang dibendung selama ini. Selepas itu terdapat lagi laporan daripada akhbar yang sama mengenai guru kena tidur dalam lokap semalaman. Sungguh tercabar keprofesionalisme kita sebagai seorang guru. Akibat mengugut untuk melondeh seluar murid yang kenakalannya tidak dapat dibendung, maka keputusan yang begitu serious diambil oleh ibu bapa yang begitu prihatin sehingga guru tersebut dihumban ke dalam lokap semalaman. Dimanakah keprihatinan kita sebagai seorang manusia? dimanakah tolak ansur, pertimbangan kita sebagai seorang insan? Mengapakah guru itu berbuat demikian? adakah ibu bapa tersebut berfikir sejenak bagaimana susah payahnya guru tersebut mengawal, mendidik dan menjaga anak mereka? Adakah ini bayaran untuk semua pengorbanan seorang guru? tercabar juga keprofesionalisme kita sebagai seorang guru!
“Guru Dahulu” dan “Guru Sekarang” yang pernah saya bincang dalam forum ini tempoh hari akan disentuh dalam perbincangan kali ini sekali lagi. “Guru Dahulu” mempercayai guru sepenuhnya dengan berpesan kepada guru supaya “ajarlah anak saya cikgu, pukullah dia asalkan jangan patah dan cedera” lebih kurang begitulah ayat yang diucapkan oleh ibu bapa dahulu. Bagaimana ucapan ibu bapa zaman sekarang? agak susah untuk saya merekacipta ayat yang akan diucapkan oleh ibu bapa zaman sekarang. Namun, guru masih memegang amanah supaya mendidik, menjaga dan mengajar anak didik mereka dengan tenang dan penuh tanggung jawab. Hai! ibu bapa zaman sekarang, ingatkan bahawa “guru” yang mendidik anak tuan dan puan adalah seorang insan yang masih mampu bertanggung jawab dan waras menjalankan tugas masing-masing. Janganlah sewenang-wenangnya memperlakukan sesuatu yang di luar batasan kemanusiaan kepada kaum GURU. Mereka juga ada maruah dan rasa terhina.
Saya pulang ke kampung halaman di Jitra, Kedah. Ada satu lagi cabaran yang menunggu guru-guru kita di sana. Seperti tajuk bicara kali ini, guru di kawasan utara sedang menghadapi satu lagi cabaran yang amat memerlukan perhatian semua pihak iaitu ketagihan daun ketum. Saya menemui perkara ini setelah mendapati dusun saya di Jitra digunakan sebagai tempat memproses air daun ketum. Sasaran pengguna adalah dalam kalangan remaja yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah kawasan Jitra. Pemerhatian saya mendapati ramai remaja datang ke rumah tersebut untuk membeli air daun ketum. Menurut Cikgu Zul, beliau menghadapi pelbagai masalah berkaitan ketagihan air daun ketum dalam kalangan muridnya. Ada yang secara terang-terang membawa air daun ketum ke sekolah untuk diminum. Ada yang memasukkannya ke dalam botol Coca Cola dan sebagainya.
Pokok Ketum yang ditanam di belakang sebuah rumah di Jitra
Beliau menyatakan proses membuat air daun ketum sehingga saya sendiri merasa begitu jijik untuk mendengarnya. Air dimasukkan ke dalam periuk dan seekor anak ikan dilepaskan ke dalam periuk tersebut. Setitik demi setitik racun rumpai (disebut sebagai racun cop tengkorak di sebelah Utara) sehingga anak ikan tersebut kelihatan seperti mabuk. Jika anak ikan itu mati, air akan ditambahkan sedikit. Selepas baharulah dimasukkan dua lingkaran ubat nyamuk (racun nyamuk lingkaran) di dalam air tersebut dan daun ketum. daun ketum akan direbus sehingga mendidih dan airnya akan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik untuk dijual kepada pengguna. Tujuan memasukkan racun rumpai dan lingkaran ubat nyamuk adalah supaya ‘umph’nya bertambah dan dapat mengkhayalkan peminum. Kesannya, peminum akan merasa khayal seperti kesan menghidu gam, menggunakan dadah dan pil khayal. Setelah membuat laporan polis mengenai kegiatan tersebut, pihak polis telah datang membuat tinjauan terhadap premis tersebut dan akan mengambil tindakan selanjutnya. Maklumat daripada pihak polis menyatakan bahawa TIDAK ada sebarang akta untuk membuat kes, HANYA mereka boleh didakwa di atas akta racun sahaja. Ohh alangkah kecewanya saya apabila mendengar demikian. Bayangkan, air daun ketum itu boleh merosakkan anak bangsa kita, tiba-tiba tidak ada sebarang penguatkuasaan boleh dilakukan untuk mencegah daripada merebak berleluasa. Pokok ketum yang ditanam sekeliling premis rumah berkenaan juga tidak boleh dilakukan sebarang pendakwaan atau dimusnahkan. Demikianlah episod yang berlaku di sebelah utara tanah air kita yang melibatkan keprihatinan dan tindakan semua pihak. Berikut sedikit maklumat tentang pokok ketum:

Pokok Ketum Nama saintifik – Mitragyna Speciosa Korth Dikenali sebagai daun ketum atau biak di Malaysia; kratom, ithang, kakuan, thom di Thailand Tumbuhan daripada Famili Rubiacaea (sepertimana pokok kopi) Didapati di kawasan tropika Asia khususnya Utara dan Pantai Timur Sem. Malaysia dan di Tengah dan Selatan Thailand Tumbuh di kawasan subur, lembap dan teduh Ketinggian pokok sehingga 50 kaki Pembiakan – dari benih segar atau keratan Batang pokok mempunyai kualiti kayu yang baik Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil 2 jenis dedaun – tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna putih (dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat) Daun banyak digunakan – sebagai ubat tradisi dan drug narkotik

Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi mitraginin merupakan alkaloid yang utama. Mitraginin memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu Alkaloid mitraginin dipencilkan pada tahun 1907 Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964 Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine) Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-based psychedelic drugs’ seperti psilosibin dan LSD Daun segar dikunyah bersama sirih Daun kering dihisap bersama tembakau, candu Direbus dan minum sebagai sirap/ teh Daun segar/ kering ditumbuk halus dan dimakan diikuti dengan air suam. Serbuk juga diletakkan pada lidah untuk kesan gian Ekstrak resin mentah dibentukkan kepada gentel kecil yang ditelan atau dicairkan dalam air panas

2 kelompok pengguna: pengguna sebenar (ubat tradisional) golongan yang menyalahgunakan ketum (narkotik) Petani, peladang kecil, buruh, nelayan Jarang diguna oleh perempuan

Umur permulaan penagihan: 30an di Thailand kalangan remaja di Malaysia (drug gantian untuk ganja)* Pengguna baru perlu beberapa helai daun sahaja Pengguna kronik perlu 10-30 helai daun sehari Drug narkotik – menghasilkan kesan bak-narkotik dan euforia bak-heroin Drug gantian untuk candu Penyembuhan sementara untuk penagihan candu kerana ia menghalang gejala tarikan opiat (Ridley,1897). Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).

Kesan Farmakologi Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambil dan tahan selama 6 jam Mengurangkan ketegangan otot Menindas sistem saraf pusat Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive) Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil Penggunaan harian membawa tolerans Seterusnya dos perlu ditambahkan Pada dos tinggi mitraginin bergabung dengan reseptor mu Menambahkan risiko penagihan Menghasilkan kesan euforia sepertimana morfin Pada dos rendah mitraginin bergabung dengan reseptor delta Menghasilkan kesan analgesia Kesan Dos Rendah Menghalang motivasi Ketiadaan minat Bosan Malas Kesan pada tahap stimulan (dos sederhana) Minda tangkas Peningkatan tenaga fizikal dan batin Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau kerja yang membosankan Suka bercakap, ramah, suka bergaul Mudah runsing Pada tahap sedatif-euforik-analgesik (dos tinggi) Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi Berasa tenang Hilang dalam alam mimpi Merasa gatal atau berpeluh Anak mata menjadi sempit Merasa loya Kesan Sampingan Akut (penggunaan singkat) Mulut menjadi kering Kerap kencing Kehilangan selera makan (anoreksia) Sembelit Kesan sampingan kronik (penggunaan lama) Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan Jaundis (penyakit hati) Insomnia (payah tidur) Psikosis (gila) Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi Kesan Penggunaan Banyak (10-30 helai daun atau lebih dalam sehari) Banyak tidur Hilang keupayaan untuk bekerja Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat) Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka) Gejala Tarikan Hidung dan mata berair Cirit birit Sakit pada otot dan tulang Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan Sintakan otot (muscle jerking) Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan) Mudah meradang Hilang keupayaan bekerja Risiko Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang Jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin, dos besar kafein kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian Perundangan Diharamkan di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand Hukuman keras untuk pemilikan Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943 memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan. Di Malaysia sejak Ogos 2004, pemilikan daun ketum, pemprosesan atau jualan boleh dituduh di bawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952, dan didenda sehingga RM10,000 dan/atau dipenjarakan selama 4 tahun.

Akibat tindakan polis, harga pasaran gelap untuk daun ketum meningkat; minuman dari RM1 ke RM2 se paket (tahun 2004) 1 kg daun ketum dari RM10 ke RM16 (tahun 2004)

Begitulah sedikit maklumat mengenai air daun ketum dalam perbincangan kali ini. Saya mendapati masalah ketagihan air daun ketum juga dilaporkan di Terengganu, Perak, Pahang dan Kelantan. Semoga rakan-rakan guru di kawasan tersebut sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membantu membasmi ketagihan air daun ketum ini. Selamat Mengajar dan Mendidik tanpa rasa jemu dan bosan walau apa pun rintangan yang mendatang, hadapilah dengan tenang, penuh kesabaran dan bertindaklah dengan BIJAKSANA.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang satu laman web yang saya fikir dapat membantu kita semua sebagai guru untuk dapat berfungsi dengan lebih berkesan semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Berikut saya paparkan maklumat tersebut:
Here are some strategies to help students become active and strategic in their studying.
Becoming An Active Learner
1. To give students the skills to be active in their studying, provide opportunities for them to be active learners in the classroom. For example:
  • Have students restate learned information in another form, e.g., verbally summarize what was read, draw a semantic map of what was heard, etc. Encourage students to visualize, or create pictures in their minds, during reading and math activities.
  • Encourage students to recognize patterns in content areas. In science, examine laws of nature; in math, identify patterns in word problems; in social situations, examine rules of behavior, etc. Teach students to use self-questioning to trigger patterns (e.g., how is the main idea of this paragraph familiar, how is this math problem like the other one, etc.).
  • Help students create personal meaning by relating new information they learn to information they already know.
  • Intersperse opportunities for students to state in their own words the significant points of a lesson, attributes of key concepts, or steps in a process.

2. Make use of students’ areas of interest and affinity. Provide opportunities for students to become “experts” in a field and to share that knowledge with the class. Challenge students to find ways to actively involve other students in an affinity-related activity. 3. Teach students to evaluate the reading difficulty of textbook passages by considering the novelty of information, the degree of focus required, and the appropriate reading rate for comprehension.

4. Have students write down questions about what they don’t understand during reading, then allow time in class to go over these questions. Give students practice summarizing and paraphrasing, in both written and oral form.

5. Teach students the meaning of elaboration, with examples and non-examples. Give students practice elaborating on topics that interest them.

6. Give students questions and sample tests through which they can assess their own progress.

7. Create a study buddy system where students check their notes for accuracy with each other before beginning an assignment or studying for a test.

8. Discuss techniques that your students can use to be more engaged in their studying. Examples of techniques are:

  • Change Topics. Many students can better sustain concentration by regularly changing the subject they are studying every one to two hours, finding that changing content and/or patterns of thinking helps refresh attention.
  • Develop Incentives and Rewards. Encourage students to reward themselves for completing a task. The task might be large or small, for example, staying with a difficult assignment until it is finished.
  • Study Actively. Students’ concentration may wander more easily when they read an assignment straight through. Suggest instead, that students turn the heading for each section into a question, and then study the section to answer the question.

Organizing Information and Recognizing Patterns

  • Encourage students to review previous course material as a part of a study session. Help students note patterns, connections, and relationships among ideas and concepts, not only to reinforce recall of important concepts, but also to highlight areas where comprehension and recall may be faulty.
  • Have students practice grouping related information. Then have them practice choosing a key word, short phrase, or mnemonic retrieval cue to act as a trigger for their recall of the related details. Strong, precise nouns and verbs are probably the most useful words to use as cues. - By practicing recall using the retrieval cue, students will build a strong association between the cue and the details. Eventually, the cue will help them easily recall the associated information. Some studies of memory suggest that the retrieval cues are most effective when they are selected at the time of the initial learning.
  • Give students templates to help them create action plans for future tasks such as studying for tests, getting the night’s homework done, getting help in class, completing a long-term project, etc. Each template might include spaces for: a description of the task, an estimation of time and effort required, the names of the people involved as partners or helpers, familiar elements or aspects of the task, the order of steps required, the strategies that can be used. Templates may be saved on the computer, then individualized and printed out for specific tasks.
  • Encourage students to use staging, i.e., to break a long or complex task into smaller, shorter, or less complex “mini-tasks.” For example, provide students with a pre-planning template (a blank timeline, flow chart, task web, etc.) for analyzing a task then breaking it into stages. If necessary, model the staging process for students to help them develop a sense of “step-wisdom,” an understanding of the proper sequence of steps necessary to complete a task.

Developing Strategies

  • Share your techniques for organizing and remembering information by rehearsing, elaborating, and using mnemonic strategies. For example, note the strategy you are using to perform a task, i.e. “Now I’m drawing a picture of what’s going on in the math problem to help me see what to do before I choose the operation”.
  • To promote students’ development of strategies, provide students with a set of questions to ask themselves while learning and studying. For example, What does this remind me of? What can I associate with it? Can I picture it in my mind? What pops into my head? How can I use these associations to help me remember it?
  • Provide students with strategies for guiding their study sessions, such as the KWL-Plus strategy for assessing mastery during studying (What I know, What I want to learn, What I have learned, What I need to review, What more I need to learn).
  • To ensure that you are teaching strategies effectively, use a checklist or helpful mnemonic, such as MIRRORS: Model strategy and explain how to carry it out. Inform students when and how to use it Remind them to use it. Repeat the strategy for practice.o Outline why the strategy is useful. Reassess students’ performance when using the strategy. Stress the generalization of the strategy to other appropriate activities, content areas, settings (other classrooms and at home), and over time. (Provide opportunities for students to practice using a strategy under these different conditions.)
  • A student who has not used strategies in the past may need his/her teacher to suggest strategies. Whenever possible, build on students’ natural tendencies. Question students to identify these tendencies, e.g., do they picture things in their heads, do they remember words, etc. For example, a student who remembers a word by rhyming it with a familiar word, may benefit from using linguistic and auditory strategies.
  • Explore the many types of memory strategies that can help students learn and remember information. Encourage students to try a variety of memory strategies, such as mnemonics (e.g., Every Good Boy Does Fine) and visual imagery (i.e. pictures in the mind) to aid in their learning and studying. Allow students to practice using different strategies, finding those that are best suited to them.
  • Point out explicit connections between a strategy and its value to learning and remembering. For example, “Making a list of the geometric shapes we’ve covered will help you to remember the shapes, and do a good job on the worksheet.”
  • Encourage students to use self-testing strategies, such as reviewing or creating questions they think will be on a test. Have students use their questions to create a practice tests for each another, focusing on a chapter in social studies, a geometry unit, etc.
  • Have students keep a record of the various ways they successfully complete different academic problems or use particular study techniques (i.e., create a menu of effective strategies).
  • Stress the generalization of effective strategies to similar situations, e.g., a problem solving strategy used on a math worksheet can be used again on the math test the next day, etc.
  • Connect students with mentors who will work with them to dissect the day, brainstorm alternative strategies, and provide recognition of progress.

Lawatan Sambil Belajar

Satu aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan oleh guru adalah melalui pendedahan murid terus kepada persekitaran pembelajaran. Ini boleh dilakukan melalui lawatan sambil belajar ke zoo, akuarium, muzium dan tempat-tempat lain seperti taman ular, taman rama-rama, taman burung dan sebagainya. Guru perlu mengambil kesempatan ini untuk memberi pengalaman terus kepada murid bagi mengukuhkan lagi isi kandungan pelajaran yang mereka pelajari.
Saya berkesempatan semasa cuti sekolah baru-baru ini membawa anak-anak melawat ke Zoo Melaka, Muzium Lebah Antarabangsa dan beberapa tempat menarik sekitar Lumut dan Pulau Pangkor.
Batu Ikan Paus (Pangkor)
Batu Buaya (Pangkor)
Sejenis Monyet (Zoo Melaka)
Menunggang Kuda (Zoo Melaka)
Berikut adalah sedikit maklumat mengenai pembelajaran melalui pengalaman terus yang boleh dikongsi bersama.
Pengalaman Terus (Direct Experience)
1. Kerja lapangan dan lawatan Jenis-jenis lawatan; i. Local School Trips lawatan ke luar kawasan sekolah untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengukur jarak, mengkaji tumbuhan, amali kesihatan, peraturan keselamatan dll.. Dilakukan dalam waktu persekolahan biasa.
ii. Community Trips Lawatan ke Zoo, muzium- memerlukan jangka waktu yang lebih panjang iii. Tour or journey - memerlukan beberapa hari dengan bas yang ditempah khas, memerlukan parancangan yang teliti.
iv. Imaginary Tour - dengan menggunakan filem, slaid, video, fotografi, laporan, objek, rakaman audio dll. Bahan-bahan yang berkaitan perlu dikumpulkan untuk kajian.
v. Inter school visits - kelab atau persatuan membuat lawatan dengan tujuan bertukar-tukar idea di antara sekolah.
vi. Individual Trips - Seorang atau sekumpulan kecil pelajar membuat lawatan untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan kurikulum atau ‘personal interest’. Contoh, mengumpul spesimen biologi untuk mempelajari sains.
2. Pameran cara yang efektif sebagai media massa untuk kumpulan sasaran yang besar, aktiviti dan kemahiran seseorang dapat ditonjolkan, hasilan daripada aktiviti dan proses berlainan adalah mudah difahami pelajar, mengandungi nilai pedagogi dimana pelajar akan dapat memahami secara memerhati dan menyoal, semangat berpasukan dapat dipupuk untuk mengendalikan pameran, nilai-nilai seperti estetika, budaya, disiplin dan etika dapat dipupuk dan ditonjolkan semasa pengendalian pameran, pelawat seperti ibubapa dan masyarakat dapat menilai hasil kerja pelajar dengan mewujudkan hubungan masyarakat - sekolah.
3. Muzium - muzium adalah tempat yang sesuai untuk pendidikan masyarakat umum, muzium adalah tempat mengumpul dan memulihara bahan yang asal dan spesimen untuk penyelidikan dan pameran pendidikan. Bahan pameran adalah terdiri daripada replika, model, diorama dan sebagainya yang dipamerkan untuk menarik perhatian masyarakat. Sekolah boleh membina muzium sendiri dengan inisiatif guru-guru. Muzium bukan sekadar untuk dilawati oleh masyarakat dan pelajar, tetapi banyak negara menyediakannya sebagai bahan pengajaran untuk sekolah.
4. Demonstrasi - teknik yang kerap digunakan oleh guru-guru untuk mengajar banyak mata pelajaran. Idea, kemahiran, sikap dan proses boleh didemonstrasikan. Walaupun ramai guru menggunakan teknik ini, tetapi guru sains lebih kerap menggunakannya kerana masalah bahan/alat yang mahal, eksperimen yang merbahaya dan memerlukan pengawasan yang rapi serta bahan/alatan yang terhad.
5. Planetarium - Zaman penerokaan angkasa lepas masa kini menjadikan planetarium sebagai satu tempat yang sangat penting untuk pelajar dan guru membuat rujukan. Konsep dan persepsi pelajar terhadap angkasa lepas dalam bidang astronomi dan astrologi dapat difahami dengan lebih jelas melalui planetarium. Selain daripada dapat membuat pencerapan melalui peralatan di planetarium, terdapat juga pameran yang berkaitan.

Kenapa Mahu Jadi Guru?

Sepuluh Sebab Untuk Anda Menjadi Guru
Top 10 Reasons to Become a Teacher
Teaching is a special calling. It is not a job well-suited to everyone. In fact, many new teachers leave within the first 3-5 years of teaching. However, there are many rewards that come with this oft maligned career. Here are my top ten reasons why teaching can be a great profession.
1. Student Potential Unfortunately, not every student will succeed in your class. However, this fact should not keep you from believing that every student has the potential for success. This potential is so exciting - each new year presents new challenges and new potential successes.
2. Student Successes Closely related to the previous pick, student success is what drives teachers to continue. Each student who didn’t understand a concept and then learned it through your help can be exhilarating. And when you actually reach that student that others have written off as being unteachable, this can truly be worth all the headaches that do come with the job.
3. Teaching a Subject Helps You Learn a Subject You will never learn a topic better than when you start teaching it. 4. Daily Humor If you have a positive attitude and a sense of humor, you will find things to laugh about each day. Sometimes it will be silly jokes you will make up as you teach that might get a laugh from your students. Sometimes it will be jokes that kids share with you. And sometimes students will come out with the funniest statements without realizing what they’ve said. Find the fun and enjoy it!
5. Affecting the Future Yes it might be trite, but it is true. Teachers mold the future each day in class. In fact, it is a sad fact that you will see some of these students more consistently day-to-day than their parents will.
6. Staying Younger Being around young people everyday will help you remain knowledgeable about current trends and ideas. It also helps break down barriers.
7. Autonomy in the Classroom Once a teacher closes that door each day and begins teaching, they really are the ones who decide what’s going to happen. Not many jobs provide an individual with so much room to be creative and autonomous each day.
8. Conducive to Family Life If you have children, the school calendar will typically allow you to have the same days off as your kids. Further, while you might bring work home with you to grade, you will probably be getting home close to the same time as your children.
9. Job Security In many communities, teachers are a scarce commodity. It is fairly certain that you will be able to find a job as a teacher, though you might have to wait until the start of a new school year and be willing to travel within your county/school district, once you have proven yourself a successful teacher, it is relatively easy to move around and find a new job.
10. Holiday You will have a couple of months off in the end of the year and you can choose to get another job, teach tuition classes, or just relax and vacation. Further, you typically get one week off during first mid semester break and second mid semester break which can really be a huge benefit and provide much needed rest time.
Lima Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Anda Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Guru.
Top 5 Things to Consider Before Becoming a Teacher
Teaching is truly a noble profession. It is also a very time consuming one, requiring a commitment on your part. Teaching can be very demanding but can also be extremely rewarding. Here are 5 things you should consider before taking up teaching as your chosen career.
1. Time Commitment In order to be an effective teacher, you need to realize that the time you are at work - those 7 1/2 to 8 hours - really must be spent with the kids. This means that creating lesson plans and grading assignments will probably take place on “your own time.” Further, to truly relate to your students you will probably be involved in their activities - attending sporting activities and school plays, sponsoring a club or a class, or going on trips with your students for various reasons.
2. Pay People often make a big deal about teacher pay. It is true that teachers do not make as much money as many other professionals, especially over time. However, each state and district can vary widely on teacher pay. Further, when you look at how much you are being paid, make sure to think of it in terms of the number of months worked.
3. Respect or Lack Thereof Teaching is an odd profession, both revered and pitied at the same time. You will probably find that when you tell others you are a teacher they will in fact offer you their condolences. They might even say they couldn’t do your job. However, don’t be surprised if they then go on to tell you a horror story about their own teachers or their child’s education. It is an odd situation and you should face it with your eyes wide open.
4. Community Expectations Everyone has an opinion of what a teacher should be doing. As a teacher you will have a lot of people pulling you in different directions. The modern teacher wears many hats. They act as educator, coach, activity sponsor, nurse, career advisor, parent, friend, and innovator. Realize that in any one class, you will have students of varying levels and abilities and you will be judged on how well you can reach each student by individualizing their education. This is the challenge of education but at the same time can make it a truly rewarding experience.
5. Emotional Commitment Teaching is not a desk job. It requires you to “put yourself out there” and be on each day. Great teachers emotionally commit to their subject matter and their students. Realize that students seem to feel a sense of “ownership” over their teachers. They assume that you are their for them. They assume that your life revolves around them. It is not uncommon for a student to be surprised to see you behaving normally in everyday society. Further, depending on the size of the town where you will be teaching, you need to understand that you will be running into your students pretty much everywhere you go. Thus, expect somewhat of a lack of anonymity in the community.

Guru Perlu Menulis

Karya seseorang itu adalah simbol intelektual. Ia merupakan satu peninggalan yang kekal setelah kita mati. Sesuatu karya itu sama ada agung atau tidak akan ditentukan oleh pembacanya. Contohnya karya agung oleh Imam Al-Ghazali iaitu Ihya-Ulumuddin hanya menjadi karya agung selepas beliau meninggal dunia. Karya tersebut begitu masyhur dan dirujuk oleh manusia berikutnya selepas kematian beliau. Terdapat karya yang diplagiat tetapi terkenal seperti tulisan oleh Newton mengenai hukum graviti. Sebenarnya karya tersebut diplagiat daripada karya asal orang Islam iaitu karya Al-Mas’udi (Al-Qanun). Barat menganggap karya Newton adalah asli dan idea baru daripada beliau.Dikatakan bahawa Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) telah menulis sepanjang malam semasa hayat beliau. Cendekiawan Islam lain seperti Ibnu Sina menulis semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat di zaman beliau hidup. Sehinggakan kaedah perubatan yang beliau tulis tidak digunakan untuk mengubati penyakit yang beliau sendiri hidapi, walaupun kaedah tersebut terbukti dapat mengubati penyakit tersebut.
Mengapa Guru Perlu Menulis?
Kita sebagai guru perlu menulis. Dimana perlu kita tulis? Kita perlu menghasilkan buku, modul pengajaran dan pembelajaran, artikel ilmiah dan sebagainya. Kita perlu berkongsi idea dan pengalaman yang ada dalam diri kita supaya dapat dikongsi oleh guru-guru lain. Tulislah apa yang telah dilakukan di sekolah anda bagi menaikkan lagi imej sekolah, menambahkan lagi motivasi murid, menambahbaik sistem dalam sekolah dan sebagainya. Banyak sekali pengalaman yang kita perolehi semasa tempoh kita mengajar. Kita harus menulis tentang kerenah murid, kerenah guru, kejayaan murid dan sebagainya. Kita telah mengikuti pelbagai kursus sama ada anjuran sekolah (Latihan Perkembangan Staf), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan sebagainya. Kita telah mengendalikan pelbagai program dalam bidang masing-masing. Oleh itu, kita hanya perlu membuat refleksi dan menulis (mendokumenkan) apa yang berlaku, sama ada daripada segi kelemahan dan kekuatan supaya dapat dikongsi oleh orang lain. Pengalaman kita mengajar subjek masing-masing dalam bilik darjah juga boleh dijadikan satu penulisan apabila kita membuat refleksi terhadap apa yang berlaku, sama ada kejayaan/kekuatan atau kelemahan/kekurangan yang telah kita perolehi. Sebagai guru displin, pasti sahaja banyak idea dan peristiwa yang boleh dijadikan bahan penulisan. Sebagai guru panitia mata pelajaran, sebagai guru kaunseling, sebagai guru pusat sumber sekolah dan sebagainya. Carilah wadah yang sesuai untuk diterbitkan supaya perkongsian maklumat dan pengalaman tersebut dapat disebarkan.
Janganlah kita pencen dan mati tanpa meninggalkan sebarang pesanan, perkongsian idea dan ilmu serta pengalaman dengan orang lain. Biarlah kita mati kelak, ilmu dan pengalaman serta idea kita dapat digunakan oleh orang lain. InsyaAllah, ganjaran pahalanya akan diberi oleh Allah SWT. Ayuh ikgu, kita menulis mulai sekarang. saya pernah mengikuti satu kursus yang dikendalikan oleh Puan Ainon Mohamad mengenai Bibliografi Orang Kecil atau dikenali sebagai JIBUNSYI. Walau pun kita ini ‘orang kecil’ tetapi kita ada pengalaman hidup yang berbeza dengan orang lain. Kalau kita perhatikan, semua orang suka membaca bibliografi orang lain, walaupun ‘orang kecil’. Kita merasa seronok membaca pengalaman yang telah ditempuhi oleh orang lain dan banyak memberi pengajaran kepada kita. Ayuh, kita mula menulis bibliografi kita sendiri untuk tatapan generasi akan datang terutamanya anak cucu kita yang akan kita tinggalkan sedikit masa lagi. Mereka akan mengenali kita dengan lebih melalui bibliografi yang kita tinggalkan. Al maklumlah kita sekarang ini terlalu sibuk dengan tugas harian sehinggakan sesetengah daripada kita tidak sempat untuk bermesra, bercerita dan bersembang dengan anak-anak, cucu, anak saudara, cucu saudara, sepupu dan seterusnya. Maka mereka akan dapat mengenali kita dengan membaca bibliografi yang kita tulis. Mulai lah sekarang menulis sama ada artikel, cerita, sajak, syair, bibliografi, blog dan sebagainya.
Sepatutnya perlu ada suatu bentuk insentif kepada guru yang rajin menulis, sama ada secara intrinsik atau ekstrinsik. Dalam Penilaian Prestasi Tahunan kita juga perlu diberikan sedikit wajaran sekiranya terdapat bukti seseorang guru itu menulis. Dengan pendekatan ini maka akan dapat memotivasikan guru-guru untuk berkarya.

Belajar Daripada Sejarah - PPSMI

Kesedaran tentang kepentingan sejarah dalam pembinaan seseorang insan nampaknya diberikan perhatian semenjak kebelakangan ini oleh kementerian yang terlibat dengan pelajaran di negara kita. Kalau dulu, mantan perdana menteri kita iaitu Dr M sentiasa menggunakan pendekatan dan fakta sejarah dalam setiap ucapan beliau sehingga dapat memukau perhatian dan tumpuan pendengar (rakyat Malaysia). Sebenarnya banyak yang boleh kita pelajari melalui sejarah dan peradaban lalu. Semasa sekolah rendah dahulu, saya dan mereka seangkatan dengan saya telah didedahkan dengan kurikulum sejarah yang pada masa itu dikenali sebagai ”TAWARIKH”. Ini berlaku disekitar 60an hingga akhir 70an. Antara tokoh sejarah yang dipelajari ialah Kubali Khan, Genghiz Khan, Joan of Arc, Florence Nightingle, Alexander the Great, Richard The Lion Heart dan sebagainya.Bagi mata pelajaran geografi sekarang pula dahulu dikenali sebagai Ilmu Alam. Antara perkara yang dipelajari adalah mengenai aktiviti pertanian di Delta Irrawady di Burma (atau Myanmar), Menam Chao Phraya di Thailand, lembah Canterbury di New Zealand dan lain-lain.
Saya teringat perkara ini apabila berlakunya tragedi Taufan Nargis melanda Myanmar dimana kemusnahan yang teruk telah berlaku. Pelajar masa kini seolah-olah tidak tahu dimana Delta Irawaddy dan apakah kepentingan kawasan tersebut kepada negara Myanmar dan seterusnya bekalan beras ke seluruh dunia.Sejarah juga telah membuktikan bahawa seseorang itu akan menguasai bahasa Inggeris sekiranya mereka mengikuti pelajaran dalam bahasa Inggeris. Dahulu terdapat sekolah aliran bahasa Inggeris dan aliran bahasa Melayu. Lepasan sekolah Inggeris akan dapat membaca dan bertutur bahasa tersebut dengan lancar dan selesa. Kemudian mata pelajaran bagi aliran Inggeris berkurangan kepada beberapa mata pelajaran sahaja. Akhirnya kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan sekolah aliran Inggeris, maka semua sekolah menengah dan rendah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Selepas itu, kerajaan mengambil langkah yang drastik untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains,dan Matematik. Maka wujudlah apa yang dikenali sebagai PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran saisn dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) seperti sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menerima arahan daripada pihak kerajaan dan terus mengorak langkah untuk melaksanakan PPSMI sehingga hari ini. Apa kaitannya dengan sejarah? Sejarah menunjukkan bukan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang membolehkan seseorang itu menguasai bahasa tersebut. Saya tak menafikan pentingkan bahasa Ingeris sebagai bahasa lingua franca dan bahasa ilmu. Apakah kelebihan mata pelajaran Matematik contohnya untuk murid menguasai bahasa Inggeris. Kata seorang Naib Chanselor sebuah universiti terkemuka di Malaysia, cucunya mempelajari perkataan ’ascending’ dan ’decending’ dalam Matematik. Bilakah cucunya itu boleh menggunakan perkataan tersebut untuk menyusun ayat bagi berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?
Saya melawat ke sebuah sekolah di Kampung Batu, Kuala Lumpur. Apabila diberikan ujian Matematik yang telah disediakan dalam bahasa Inggeris, mereka tidak memahami beberapa perkataan yang teknikal seperti ’convert’ dan sebagainya. Arahan untuk menjawab soalan juga perlu dijelaskan kepada mereka. Itu adalah sebuah sekolah di bandar, bagaimana pula sekolah di pedalaman? Pada pendapat saya, kalau mahu generasi kita pandai bertutur dalam bahasa Inggeris, maka ajarlah dalam bahasa tersebut seperti kata Naib Chanselor yang disebut di atas. Kita perlu belajar daripada sejarah untuk melihat balik semula apa yang telah berlaku daripada segi kejayaan, kekuatan atau kelemahan.

Wednesday, September 10, 2008

Ciri-Ciri Guru

Saya membaca sebuah majalah tempatan dan terdapat beberapa panduan yang menarik perhatian saya mengenai guru. bersama-sama ini saya ingin berkongsi dengan warga pendidik mengenai panduan tersebut daripada majalah NUR keluaran Mei 2004.
Sebahagian bakal guru sedang mengikuti kuliah
CIRI-CIRI GURU IDAMAN (Dipetik dari Majalah NUR, Mei 2004, hal. 66 – 69, Pemikir Sdn. Bhd., Karangkraf.)
1. Jadikan pelajar sebagai fokus, bukan anda sebagai fokus. 2. Kaji potensi pelajar. 3. Wujudkan suasana selesa dan selamat. 4. Pancaran semangat guru. 5. Bersedia untuk mengajar. 6. Perjelaskan sesuatu jika anda sukar untuk memudahkannya. 7. Belajar mengakui kelemahan tanpa mengorbankan kredibiliti. 8. Mengajar dari hati. 9. Ulang fakta penting. 10. Guru yang baik bertanya soalan yang baik. 11. Bukan pemberi maklumat semata-mata. 12. Berhenti bercakap, jadi pendengar. 13. Belajar mendengar apa yang sepatutnya. 14. Biarkan pelajar mengajar sesama sendiri. 15. Elak guna pendekatan yang sama kepada semua pelajar. 16. Jangan sekalli-kali berhenti mengajar. 17. Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat. 18. Mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan berdaya saing. 19. Mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab. 20. Menepati masa dan kebolehan mengurus. Manakala sifat-sifat terpuji yang perlu dimiliki oleh seseorang guru adalah seperti beikut:
SIFAT-SIFAT GURU YANG TERPUJI
1. Zuhud – mengajar bukan kerana balasan kebendaan atau penghormatan, tetapi mencari keredhaan Allah. 2. Kebersihan diri – bersih jiwa dan diri dari kekotoran syarak dan adat dan berperibadi tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dll. 3. Ada kehebatan dan kehormatan diri – mempunyai sifat rendah diri, pandai melayani hati orang lain dalam pergaulan. 4. Bersifat kebapaan atau keibuan. 5. Memahami tabiat murid. 6. Bersifat cemerlang. 7. Tegas tetapi dihormati dan adil.
Imam Al-Ghazali telah menggariskan beberapa ciri guru yang efektif atau berkesan bagi melahirkan seorang insan guru yang ideal. Sebenarnya banyak ciri-ciri guru yang terbaik telah pun diamalkan oleh Rasullullah SAW. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sebahagian daripada ciri-ciri yang dimiliki dan diamalkan oleh Beliau.
Aktiviti jualan sempena hari kantin yang dijalankan untuk memupuk nilai keusahawanan dalam kalangan murid sekolah.
GURU YANG EFEKTIF MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI
1. Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagai anak sendiri. 2. Mengikuti tingkahlakku dan sunnah Nabi Muhammad SAW dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya. 3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengetahuan tentang perkara tersebut. 4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka. 5. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid-muridnya. 6. Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu diluar kemampuan. 7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar. Berikut adalah sifat-sifat guru yang seharusnya kita hindari dalam tugas melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Sifat ini menyebabkan murid kita merasa bosan dan tidak bersemangat untuk belajar. Kadang kala sifat buruk yang keterlaluan boleh menyebabkan murid mendendami kita. Seseorang guru tidak harus mendendami murid walau pun mereka melakukan kesalahan. Seseorang guru guru harus mempunyai sifat pemaaf sekiranya murid yang membuat kesalahan datang memohon maaf.
SIFAT-SIFAT GURU YANG TIDAK BAIK
1. Garang, membebel, tidak pernah senium, suka memerli dan mudah hilang sabar. 2. Tidak membantu kerja-kerja sekolah dan tidak menerangkan pelajaran dan tugasan dengan jelas serta berkerja tanpa perancangan. 3. Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu. 4. Sombong, angkuh dan susah menerima pandangan orang lain. 5. Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa dan bersfat terlalu tegas. 6. Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan murid, memalukan murid di hadapan teman sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran. 7. Tidak adil dalam pemberian markah ujian dan peperiksaan. 8. Tidak berminat mengenali latar belakang murid. 9. Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya. Semoga kita dapat melaksanakan tugas harian dengan penuh rasa tanggung jawab, ikhlas dan amanah.
Selamat menjalankan tugas dan mendidik anak bangsa tercinta...